Thursday, March 24, 2022

KERAJAAN HILANG ASAS MORAL UNTUK MEMERINTAH

APAPUN alasan yang diberikan, apabila usul kerajaan gagal atau ditolak parlimen, maka kerajaan off the day telah kehilangan asas moral untuk memerintah.

Memang setakat ini, belum ada duluan mengikut amalan demokrasi yang diamalkan di United Kingdom, sekiranya kerajaan kalah dalam mana-mana usul atau rang undang-undang (RUU), maka kerajaan terpaksa membubarkan diri, memberi laluan pada pilihan raya.

Tetapi dalam konteks kerajaan hari ini, cara terbaik untuk mendapatkan kerajaan yang stabil dan mempunyai asas moral untuk memerintah adalah kembali pada pengundi untuk mendapatkan mandat.

Kerajaan off the day, tidak perlu sentiasa bergantung pada sokongan pihak lain yang juga mempunyai agenda sendiri untuk menjadi kerajaan.

Kejadian penolakan usul kerajaan semalam yang membabitkan subseksyen Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), membawa persepsi mendalam pada mata rakyat, bahawa kerajaan off the day telah hilang penghormatan.

Tindakan pembangkang menolak usul kerajaan adalah biasa, akan tetapi memandangkan kerajaan menandatangi MOU (CSA) dengan pembangkang, yang melibatkan peruntukan kewangan negara, yang mana sebelum ini tidak pernah berlaku, membawa pengertian, bahawa pembangkang hanya mementingkan diri sendiri.

Penolakan usul yang berkait SOSMA daripada awal-awal lagi sebelum adanya MOU, memang ditentang atau dibangkang pihak pembangkang. Hujah mereka, adalah tidak adil mengunapakai akta itu, kerana mereka yang ditahan menerusi akta tersebut, bukan mereka yang pernah dihadapkan di mahkamah, melainkan hanya pertimbangan keselamatan.

Kalau melihat kembali kronologi asas pembentukan kerajaan hari ini, sejak pada daripada pre pembentukan, dua parti yang mahu kembali pada rakyat adalan Umno dan Pas. Akan tetapi, kerana kemunculan pandemik Covid-19, maka tidak kondusif mengadakan pilihan raya, selain itu atas budibicara Agong, maka dipilih seorang Perdana Menteri yang difikirkan oleh baginda mendapat sokongan majoriti.

Kini, kerana tindakan melawan pandemik covid-19 boleh dikatakan sudah berjaya, dan kerajaan telah pun mengumumkan bermula 1 April, 2022, fasa peralihan ke endemik akan bermula. Pada masa peralihan ini, boleh lah dikatakan, bahawa kehidupan normal sudah kembali pada sediakala.

Selain itu, kejayaan mengadakan PRN Melaka, Sarawak dan Johor, yang tidak mencetuskan gelombang jangkitan covid-19, boleh menjadi panduan untuk mengadakan PRU-15. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive