Wednesday, March 23, 2022

IMPLIKASI MENGHADKAN TEMPOH KETUA MENTERI SABAH

PERKARA pokok yang perlu dirungkai, bahawa pemilihan Ketua Menteri bukan secara langsung akan tetapi berasaskan parti yang menang dalam pilihan raya.

Berbeza dengan pemilihan langsung, seperti mana pemilihan presiden Indonesia, Filipina atau Amerika Syarikat, yang bertanding atas kapasiti individu.

Amalan demokrasi yang digunapakai dalam negara, mana-mana ketua atau presiden parti yang menang pilihan raya atau dengan kata lain parti yang terbanyak kerusi akan mencalonkan ketua atau presiden parti untuk jawatan itu.

Sudah menjadi tradisi pada mana-mana parti politik, ketua atau presiden adalah posterboy dalam pilihan raya. Kerana faktor tersebut, maka parti yang dipimpin mendapat kepercayaan atau mandat daripada rakyat.

Jika berlaku, bahawa posterboy tidak akan dilantik, besar kemungkinan parti itu tidak akan mendapat mandat rakyat, sebaliknya akan memilih parti lain yang mana posterboy boleh dilantik ke jawatan tersebut.

Rakyat atau pengundi tidak selamanya dapat menerima, posterboy dinafikan untuk jawatan tersebut. Dan berkemungkinan pada masa hadapan, pengundi akan menolak parti berkenaan.

Dalam arena politik, tiada jaminan, apabila ketua atau presiden sesebuah parti letak jawatan kerana pernah dilantik ke jawatan Ketua Menteri, maka parti itu akan terus mendapat mandat rakyat.

Selain daripada itu, apa kah parti itu akan mengambil risiko ditolak pada pilihan raya?

Penulis yakin, tiada parti akan mengambil risiko sedemikian, kecuali lah sesebuah parti memang telah berakar umbi dan mempunyai pemimpin pelapis yang juga mempunyai klibar yang hampir sama dengan mantan ketua atau presiden yang terpaksa meletakkan jawatan.

Memandangkan di Sabah belum adanya parti dominan, apa kah menerusi penghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri, akan menjamin, parti yang dipimpin yang beliau terpaksa melepaskan jawatan kerana kekangan menjadi posterboy, akan mendapat sokongan rakyat?

Penulis yakin, jika ada pemimpin sanggup berbuat demikian, ertinya bertindak tidak bertanggungjawab terhadap ahli parti khasnya dan umumnya rakyat yang menyokongnya. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive