SEMINGGU lagi, tepatnya 29 Mac,2022, Sabah Maju Jaya (SMJ) genap setahun.
SMJ adalah visi kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
sehingga tahun 2025.
Strategi-strategi yang telah diperinci dan dilaksanakan melalui
halatuju tersebut, adalah landasan untuk Sabah lepas landas (take off) menjadi
negeri maju.
Meminjam kata-kata Datuk Seri Hajiji Haji Noor, sebagai
Ketua Menteri kerajaan GRS, tidak akan selamanya memegang jawatan tersebut, dan
tiba masanya akan bersara. Akan tetapi, visi SMJ akan terus menyemerakkan
kemajuan dan pembangunan demi rakyat dan negeri.
Harapan menerusi SMJ, semua rakyat, tanpa mengira latar
belakang, agama dan fahaman politik perlu bersatu hati menjayakan visi
tersebut, kerana ianya adalah asas kukuh untuk menjamin masa depan rakyat yang
lebih baik.
Melalui SMJ, telah mengenal pasti potensi sebenar Sabah,
yang dibahagikan pada 3 teras utama, iaitu pertanian, perindustrian dan
pelancongan.
Apabila teras-teras ini berjaya digerakkan secara optima,
harapan kerajaan, selain meminimumkan jumlah rakyat miskin akan tetapi juga
mengecilkan jumlah penganggur.
Apa yang perlu dalam menjayakan visi ini, adalah kestabilan
politik, dengan erti kata lain, kepimpinan yang menerajui kerajaan perlu
berterusan, tanpa diganggu oleh pertukaran kerajaan, kerana tersangat jelas,
pertukaran kerajaan yang kerap di masa-masa lalu, menjadi faktor utama, mengapa
kemajuan negeri dan rakyatnya terbantut.
No comments:
Post a Comment