GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS) yang asalnya hanya persefahaman antara parti-parti politik yang diwujudkan semasa PRN-16 Sabah September, 2020, akhirnya sah sebagai parti politik pada 11 Mac, 2022.
Pada PRN-16 Sabah, gabungan tersebut telah menang 38 kerusi daripada 73 yang dipertandingkan. Dengan jumlah kerusi tersebut, maka membentuk kerajaan pada 29 September, 2020, dan seterusnya memilih Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri.
Kewujudan GRS sangat bersesuaian dengan senario politik tanah air, sempena kembalinya Sabah, Sarawak dan Semenanjung pada status seperti mana pembentukan Persekutuan Malaysia pada September, 1963.
Bermula di Sarawak, apabila Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) menjadi parti dominan,dan kini Barisan Nasional (BN) kembali sebagai parti dominan di Semenanjung, maka di Sabah GRS bakal mendapat status yang sama.
Untuk sementara GRS hanya dianggotai Bersatu, PBS,STAR dan SAPP. Keanggotaan ini sebenarnya telah mewakili suku bangsa dan agama di Sabah.
Penulis dan rakyat negeri ini, mahu melihat bagai mana kah struktur parti ini. Jika komposisi kepimpinan sesuai dengan nisbah atau taburan penduduk negeri, ada lah diyakini, hasrat parti ini menjadi parti dominan dan pilihan rakyat akan mendapat dokongan dan sokongan. Sama-sama kita nantikan.
No comments:
Post a Comment