Sunday, March 27, 2022

BIJAKNYA PEMIMPIN SABAH BERPOLITIK

BUAT APA GADUH-GADUH, adalah landasan utama politik Sabah mutakhir ini, khususnya hubungan antara GRS dan BN Sabah.

Apabila Datuk Bung Moktar Radin mencadangkan penjenamaan kerajaan Sabah, Ketua Menteri Sabah-Datuk Hajiji Haji Noor tidak mengambil masa lama untuk bersetuju, dan terus mengeluarkan kenyataan, bahawa kerajaan Sabah akan dirujuk sebagai Kerajaan GRS-BN.

Pengalaman para pemimpin GRS dan BN Sabah telah mematangkan mereka, bertekad untuk memandang ke hadapan untuk kemajuan rakyat dan negeri, dan sudah tentunya memastikan visi negeri- Sabah Maju jaya (SMJ) mencapai matlamatnya.

Di peringkat pemimpin sudah seia sekata, hanya pelaksana dasar-dasarkan kerajaan yang dituntut menterjemahkan visi dan misi para pemimpin.

Jangan berlaku diperingkat pelaksana, bagaikan tukul dan paku, jangan berlaku adanya lebih sudu daripada kuah kerana ianya akan membantut tekad para pemimpin.

Para pemimpin politik akan diadili pada pilihan raya. Mereka yang menjadi pengadil adalah rakyat. Jika misi dan matlamat pemimpin tidak sampai pada rakyat, maka para pemimpin akan dihukum.

Agar rakyat mendapat apa yang diharapkan, maka pelaksana dasar-dasar kerajaan bukan sahaja perlu proaktif akan tetapi perlu progresif, peka pada kehendak rakyat.

Pengamatan penulis pada kerajaan Sabah yang kerap bertukar, kerana para pemimpin terabui dengan tindakan kepura-puraan para pelaksana, seolah-olah semua keadaan elok dan baik, sedangkan keadaan bagaikan api dalam sekam.

No comments:

Blog Archive