Tuesday, March 22, 2022

APA KELEMAHAN GRS?

TIDAK dapat dinafikan kelemahan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), mungkin juga serupa dengan kelemahan Perikatan Nasional (PN) kerana gagal mendapat undi daripada kaum cina.

Pada PRN-16 Sabah, BN juga gagal mendapat undi daripada kaum itu. Atas sebab itu, walaupun BN dan parti-parti lain berganding bahu menerusi GRS, tiada kerusi majoriti kaum cina dimenangi.

Akan tetapi pada PRN Melaka dan Johor, BN mendapat semula undi kaum cina, sementara PN masih gagal mendapat undi daripada kaum itu.

Jika diteliti dengan cermat, pada PRN Melaka dan Johor, undi kaum melayu pada BN merosot jika dibandingkan dengan PRU-14, akan tetapi undi kaum cina meningkat. Manakala pada PN didapati undi kaum melayu mengalami peningkatan. Pakatan Harapan (PH) termasuk PKR, kekal dengan undi kaum cina walaupun dengan trend yang menurun dan pada masa sama gagal mendapat undi kaum melayu.

Keadaan persempadan Sabah berlainan dengan Semenanjung, atas sebab kawasan majoriti kaum cina hanya tertumpu di 3 kawasan, iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau atau mungkin juga Penampang.

Pada PRU-15, apa yang membimbangkan BN adalah undi kaum melayu yang mempunyai kecenderungan menurun, dan mengharapkan undi daripada kaum cina. Jika undi kaum cina kembali semula pada PH, maka menjadi penyebab, mengapa BN merasa “gerun” dengan PN, apa tah lagi jika peratusan yang keluar mengundi tinggi. Kecenderungan atau pola pengundian daripada kaum melayu sukar dibendung, kerana telah terbukti pada PRN Melaka dan Johor, dan kebarangkalian berterusan pada PRU-15.

Di Sabah, faktor yang bakal menentukan keunggulan atau kelebihan GRS adalah keterpaduan suku kaum terbesar dalam gabungan tersebut, berbanding parti saingan seperti Warisan mahupun Barisan Nasional. Makna kata, walaupun GRS mempunyai kelemahan mendapat undi kaum cina, akan tetapi bukan lah faktor menjadi penyebab tidak menang di kawasan-kawasan yang ditandingi.

Melihat keterpaduan dalam GRS, jika berlaku bertembungan tiga penjuru di kawasan-kawasan bumiputera, penulis memberi angka 6 daripada 10, peluang calon-calon gabungan untuk menang.

No comments:

Blog Archive