MENGINGAT parti yang memerintah negeri, para pemimpin Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) awal-awal lagi telah menyatakan berkecuali pada PRN Johor, sesesuai dengan semangat Kerajaan Keluarga Malaysia. Pendirian itu, menunjukkan, biar lah rakyat negeri Johor menentukan hala tuju sendiri, tanpa pengaruh daripada pihak-pihak lain.
Jika para pemimpin di beberapa negeri di Semenanjung turut terlibat, memangpun tidak salah, kerana semenanjung dalam satu wilayah, seperti mana termaktub dalam Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada tiga wilayah, Wilayah Sabah, Wilayah Sarawak dan Wilayah Semenanjung.
Memang lah hak individu untuk turut sama pada sebarang pilihan raya, namun, apabila melibatkan para pemimpin yang sebahagian daripada Kerajaan Negeri, maka boleh mengundang percangahan berkaitan status Sabah sebagai Wilayah, yang sepatutnya, mana-mana pemimpin negeri patut terlihat sebagai berkecuali apabila melibatkan kepentingan negeri-negeri dalam wilayah masing-masing.
Ada lah difikirkan, pengelibatan para pemimpin Sabah moleknya hanya melibatkan urusan Persekutuan, sesuai dengan status Sabah sebagai salah satu wilayah membentuk Persekutuan.
Para pemimpin Sabah perlu memandang jauh, dan mendalami pengertian Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan status Sabah, dan perlu lari daripada kebiasaan sebelum ini, untuk memertabatkan pengertian status wilayah. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment