Tuesday, December 07, 2021

SESAKNYA PRN-12 SARAWAK-TETAPI TIADA KEJUTAN


PADA 14 & 18 Disember ini, 1,252,014 pengundi berdaftar negeri Sarawak akan menunaikan tanggungjawab parti mana kah yang diberi mandat untuk membentuk kerajaan di Bumi Kenyalang tersebut untuk sepanggal lagi.

Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUNS) yang mempunyai 82 kerusi, mana-mana parti yang menang 42 kerusi sudah cukup membentuk kerajaan.

Pada PRN Sarawak kali ini, telah mencipta rekod, jumlah calon dengan 349 penyertaan, 45 daripadanya adalah wanita, selain seorang calon tertua berumur 78 tahun.

Di atas kertas dan berasaskan rekod lalu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang didominasi parti PBB, tidak berhadapan masalah mendapatkan mandat semula, isunya hanya pada jumlah kerusi yang bakal dimenangi. Pada PRN-11 negeri itu tahun 2016, semasa diketuai Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, dan GPS masih komponen Barisan Nasional, menang 72 kerusi. Jumlah itu adalah super majoriti.

Seperti juga Adenan Satem, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, PRN-12 Sarawak adalah pilihan raya pertama beliau sebagai Ketua kerajaan.

Ramai penganalisis berpandangan, sesaknya PRN ke-12 Sarawak, semata-mata untuk cuba menafikan kuasa 2/3 GPS, terutama datangnya daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan DAP.

PSB, walaupun julung kali menyertai pilihan raya seperti GPS, akan tetapi mempunyai pemimpin veteran, yang sebahagian besar mantan-mantan pemimpin yang pernah duduk dalam kabinet negeri atau Persekutuan.

Pada PRN ke-12 Sarawak ini, tidak akan banyak kejutan-kejutan, kerana keputusan dapat diramal, kecuali mungkin, akan ada calon bebas menang (Dun Krian).

Calon-calon yang akan menang, adalah parti atau calon yang mempunyai penyokong akar umbi atau penyokong tegar, seperti mana berlaku di PRN-15 Melaka.

Daripada sekian banyak parti yang turut bertanding, hanya GPS, PSB dan DAP mempunyai penyokong akar umbi dan tegar. Manakala parti-parti lain termasuk PKR, hanya menjadi perserta pesta demokrasi.

Nampaknya di kawasan-kawasan bumiputera, akan berlaku persaingan sengit antara GPS dan PSB, manakala di kawasan kaum cina antara GPS dan DAP.

Apa yang menarik pada PRN-12 Sarawak ini, keputusan tidak sangat bergantung pada peratusan pengundi yang keluar mengundi. Apa kah sasaran SPR 70 peratus tercapai atau sebaliknya, nisbah kemenangan parti-parti yang bertanding akan sama.

No comments:

Blog Archive