Monday, December 13, 2021

JANGAN ALFA: SOKONGAN MEMBAWA REBAH


JANGAN sesekali lupa apa yang berlaku pada tahun 2018. Parti yang “gagah perkasa” hilang kuasa. Keadaan serupa pernah berlaku pada tahun 1985 dan 1976 di Sabah.

Mengapa keadaan demikian berlaku? Hanya kerana adanya tindakan sokong membawa rebah. Perdana Menteri atau Ketua Menteri hanya diberikan laporan positif dan kalau ada negatif pun, nisbahnya rendah sekali.

Mengapa timbul sokong membawa rebah? Kerana mereka yang membuat laporan mahu menjaga periuk nasi sendiri. Mereka ini faham benar, melalui laporan positif apa tah lagi mengembirakan, maka mood bos tidak terganggu.

Apabila bos dipagari oleh mereka yang menjadikan kedudukan untuk hidup, termasuk menaik taraf status, maka laporan sebenar apa yang berlaku di lapangan bukan sahaja sukar sampai, malahan tidak sampai, tersekat di pangkal jalan.

Sementara status para pemimpin di laman sosial (mungkin juga diurus pentadbir @admin) memuat naik naratif ‘positif’, tidak semestinya membantu, atas sebab di kawasan-kawasan atau sebahagian rakyat mendapati keadaan sebaliknya.

Belum terlambat, bagi para pemimpin mengurus isu-isu yang menyelubungi rakyat, terutama yang berkait rapat dengan kehidupan harian. Jangan mengulangi keadaan apa yang berlaku pada tahun 1976 dan 1985 di Sabah dan negara pada tahun 2018.

Para “pembesar” perlu berkhidmat pada keseluruhan rakyat tidak kira lokasi mana, bukan hanya untuk kawasan sendiri, bukan untuk penyokong di kawasan sendiri, kerana sesebuah kerajaan itu dapat dibentuk kerana sokongan sebahagian besar rakyat.

Demikian juga “para pembesar” perlu memberi layanan sama rata, kepada semua rakyat tanpa melihat latar belakang suku, bangsa dan agama, kerana Sabah itu didiami oleh berbagai suku bangsa dan agama.

Jangan kerana “kuasa” ada ditangan, maka hanya condong pada kaum sendiri, penyokong sendiri, apa tah lagi menutup peluang orang lain.

Belum hilang dalam ingatan setiap rakyat negeri ini, semasa era pemerintahan Warisan yang hanya berkiblat pada “suku” tertentu. Natijahnya, sebuah kerajaan yang mahu mendapat mandat daripada rakyat, ditolak, walaupun hanya memerintah 26 bulan.

1 comment:

lee said...

DENDA RM40,000 PALSUKAN TANDATANGAN [METROTV]
Jurutera didenda RM40,000 palsu tandatangan berhubung pembinaan bangle
KUALA LUMPUR: Seorang jurutera sebuah syarikat perunding pembinaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan tandatangan pada sebuah dokumen berhubung cadangan pembinaan sebuah banglo.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Toh Hwee Sheng, 46, dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.
Toh didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sebuah buku ‘Structure Design Calculation’ bertarikh 2 Ogos 2014 berhubung kiraan dan pelan struktur bagi cadangan membina sebuah banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak, Selangor daripada Lieng Consult kepada Datuk Yip Kum Fook iaitu pemilik tanah yang mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 2 hingga 12 Ogos 2014, di No 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya Kepong di sini, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh kerana amalan pemalsuan dan meniru tandatangan pemilik syarikat adalah kesalahan serius dan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak ditangani.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dikenakan ke atasnya dengan jumlah yang minimum kerana dia mempunyai tanggungan termasuk ibu yang berumur 76 tahun.
“Ini adalah kesalahan pertama dan saya tiada rekod jenayah. Saya amat kesal dan insaf atas kesalahan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, jadi saya mohon hukuman denda minimum tanpa hukuman penjara,” katanya.
Mengikut fakta kes, pada 2013, Yip Kum Fook iaitu bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang mengarahkan syarikat tertuduh bekerja iaitu Lieng Consult menyediakan Borang A, Kiraan Struktur dan Pelan Struktur bagi cadangan membina sebuah banglo dua setengah tingkat di atas lot tersebut, namun penyediaan dokumen itu tanpa pengetahuan Lieng Wei Ming selaku pemilik syarikat.
Lieng memaklumkan semua dokumen itu tidak dikeluarkan oleh syarikatnya dan mengesahkan tandatangan pada dokumen itu juga bukan miliknya.
Selain itu, tertuduh juga menerima wang RM10,000 daripada Yip atas pembayaran kerja yang dilakukan iaitu menyediakan semua dokumen itu dan hasil semakan Bahagian Forensik SPRM mengesahkan tandatangan pada dokumen ‘Structure Design Calculation’ adalah berbeza dengan spesimen tandatangan diambil daripada Lieng. -Bernama
Kerajaan Malaysia akan memeriksa Yip Kum Fook (peguam dan presiden Samnak Sambodhi atau persatuan Buddha, Taman Desa Jaya, kepong) kerana peguam ini menipu orang di mana-mana......Yip Kum Fook & Associates, Kuala Lumpur... No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Blog Archive