Saturday, December 11, 2021

BELUM MASANYA DIADAKAN PRU-15: PM


DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Umno mengingatkan sesetengah pemimpin parti supaya jangan mendabik dada atas kemenangan parti pada PRN-15 Melaka, sehingga mendesak diadakan PRU-15 secepat mungkin.

Bagi Perdana Menteri, kemenangan parti di PRN Melaka belum cukup dibuat kesimpulan bahawa sokongan pada parti sudah kembali, memandangkan peningkatan undi popular hanya hanya 1 peratus.

Semua ahli parti kena sedar, bahawa menjadi sebahagian daripada kerajaan pada masa ini bukan kerana menang, sebaliknya hasil kerjasama dengan parti-parti lain.

Sebagai Perdana Menteri yang dipilih oleh gabungan berbagai parti, ada tanggungjawab moral kepada gabungan untuk menjalankan amanah seperti yang dikehendaki, yakni menyelesaikan terlebih dahulu krisis ekonomi dan kesihatan yang melanda negara impak pandemik Covid-19.

Sebagai orang parti, Perdana Menteri meminta parti beliau memberi sokongan tidak berbelah bahagi agar beliau dapat melunaskan amanah yang telah diberikan.

Selain itu Perdana Menteri juga mengimbau semula asas perjuangan parti yang berpaksikan kesepaduan dalam kalangan masyarakat melayu dan islam. Tujuan asal penubuhan UMNO adalah untuk menyatupadukan umat islam dan melayu, namun sebaliknya yang terjadi sekarang apabila wujud beberapa kem dan pergeseran dalam parti.

Perdana Menteri juga mengingatkan ahli parti untuk menjadikan kekalahan pada PRU-14 yang lepas sebagai peringatan, mengenai kepentingan kesepaduan dalam parti.

Pandangan Perdana Menteri diucapkan semasa merasmikan mesyuarat tiga sayap Umno Bahagian Bera, Negeri Pahang pada Sabtu.

1 comment:

lee said...

Kepada semua penganut Buddha ...
YIP KUM FOOK (LAWYER, MCA GOMBAK) menghalau Sami-sami Buddha keluar dari kuil atau SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
Dia menggunakan samseng untuk mengusir Sami-sami Buddha itu dan juga memanggil polis untuk mengganggu Sami-sami Buddha di kuil dan YIP KUM FOOK (LAWYER) tidak menghormati Buddha dan Sami-sami Buddha ……Yip Kum Fook & Associates No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
Thanks
Ng, Kepong

Blog Archive