BERCAKAP soal kestabilan politik, maka parti teras diperlukan, itu lah pandangan ahli politik, akan tetapi di pihak rakyat, tidak semestinya demikian.
Rakyat negara ini sangat berpengalaman menyokong parti teras, sejak merdeka lagi. Walaupun dengan pengalaman berdekad, akan tetapi pola sokongan rakyat berubah, seperti mana pada PRU-14 dan PRN ke-16 Sabah.
Akan kembali kah parti teras pada PRN-15 Melaka?
Pada PRN Melaka, dua parti mahu kembali kepada parti teras, iaitu Umno dan Bersatu, kerana masing-masing bertanding 20 dan 15 kerusi, jumlah yang cukup membentuk kerajaan, tanpa pengelibatan mana-mana parti. Berbeza dengan PKR dan Amanah, walaupun boleh menjadi parti teras, akan tetapi memilih sebaliknya.
Pertimbangan pemimpin yang berkehendakkan parti mereka menjadi parti teras, semata-mata untuk mengwujudkan kerajaan yang stabil, kerana pengalaman pasca PRU-14, samada pada peringkat Persekutuan atau negeri yang tiada parti teras, maka Perdana Menteri atau Ketua Menteri atau Menteri Besar, sentiasa dalam keadaan tanda tanya, apa kah setiap bangun daripada tidur, bertanya pada diri sendiri masih kekal kah kerajaan yang diterajui atau sebaliknya.
Hakikatnya, kerajaan yang tiada parti teras, lebih menguntungkan rakyat secara keseluruhan. Buktinya, sejak negara ini dikuasai parti teras, tidak pernah berlaku, pengiktirafan pada Ketua Pembangkang setarap dengan Menteri atau exco, dan kawasan-kawasan yang diwakili pembangkang mendapat peruntukan yang sama dengan wakil rakyat kerajaan.
Akibat tindakan rakyat, yang menolak parti teras, maka telah menjadi pendakatan baharu parti-parti politik, dan seterusnya dijadikan manifesto, bahawa peruntukan akan terus disalurkan pada setiap wakil rakyat tanpa melihat latar belakang wakil rakyat tersebut oleh kerajaan yang menjadi pemerintah.
Setidak-tidaknya pendekatan seumpama ini, adalah kemenangan rakyat secara umumnya. Berasas pada kemenangan tersebut, maka tertakluk pada rakyat pula, memilih style kepimpinan yang bakal diberi mandat untuk memerintah.
Rakyat sudah tentunya akan memilih kepimpinan yang berintegiriti, bebas skandal, dan para pemimpin yang mengotakan janji, penduli dan prihatin rakyat.
Pada PRN Melaka, akan dilihat, apa kah akan berlaku suatu keadaan yang menjadi asbab “game changer” politik tanah air.???

No comments:
Post a Comment