ADA yang kata kehadiran PN tidak berimpak pada PRN Melaka, malah berbagai pendapat kehadiran parti yang dianggotai Bersatu dan Pas tersebut, hanya memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan di kawasan-kawasan yang mempunyai lebih 20 peratus pengundi cina.
Walaupun pada PRU-14, Bersatu menang dua kerusi semasa bersama Pakatan Harapan, dan kemenangan tersebut kerana sokongan penyokong DAP dan PKR. Dikatakan kerana sokongan daripada dua parti tersebut, maka menjadi faktor mengapa Pengerusi Bersatu negeri tidak mempertahankan DUN N13 Paya Rumput, kerana mendapati daripada 12,102 yang diperolehi pada PRU-14, 2/3 daripadanya daripada pengundi bukan melayu.
Pandangan bahawa Bersatu, tidak mempunyai sokongan akar umbi berbanding Umno dan PKR, manakala Pas tidak mendapat sambutan di negeri tersebut, ada lah alasan, bahawa parti berlambang bunga tersebut, tidak akan mendapat sokongan yang membolehkan menang kerusi.
Keadaan serupa pada PRU-14, apabila penyokong Umno di Sabah beranggapan, bahawa Parti Warisan yang julung kali bertanding pada pilihan raya, tidak akan menang sebarang kerusi, kerana berasaskan pendapat, bahawa parti itu adalah parti baharu, dan belum mempunyai penyokong akar umbi.
Apa yang dilupakan oleh para penganalisis bahawa kecenderungan pengundi itu bersifat dinamik apa tah lagi suasana politik tanah air yang sudah berubah. Kerana perubahan politik tersebut, maka parti yang dikatakan mempunyai akar umbi, bukan lagi jaminan menang dalam pilihan raya.
Sekali lagi, pada PRN Melaka, pengundi negeri itu akan membuktikan, parti mana yang disokong, atas faktor kepimpinan semasa, mood semasa, dan bukan lagi bersandar pada rekod lampau.
Penulis nampak, apa yang berlaku di Melaka, mencerminkan perubahan politik tanah air, dan atas sebab itu, tidak semestinya parti seperti Bersatu dan Pas, tidak mampu berbicara.
Penulis yakin, PRN Melaka, bukan lah medan, hidup matinya Bersatu atau Pas, akan tetapi, pada PRN Melaka lah akan berlaku “game changer” politik tanah air.
Pengundi Negeri Melaka, sudah tentunya menilai, bentuk kepimpinan mana yang perlu disokong, kerana pengundi mempunyai rekod sebagai berbandingan.

No comments:
Post a Comment