Sunday, November 07, 2021

PRN MELAKA: PN PARTI ‘UNDERDOG”?


SEPERTI mana berlaku pada PRN-16 Sabah pada September tahun lepas, sebelum pembuangan undi atau penamaan calon, parti-parti dalam PN dianggap sebagai “underdog” berbanding parti-parti lain.  Namun selepas keputusan diumumkan, faktanya berbeza sama sekali.

Pada PRN Melaka, ramai yang menganggap persaingan sebenar adalah antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Alasan mereka, parti Bersatu, selain parti baharu, juga belum berakar umbi di Melaka, manakala parti Pas, kurang mendapat sambutan di negeri tersebut.

Selain itu, ada yang mengatakan kemenangan Bersatu pada dua kerusi DUN di Melaka semasa PRU-14, kerana sokongan PKR dan DAP.

Dikatakan impak PN hanya di kawasan-kawasan majoriti melayu, yang boleh memberi kelebihan pada calon-calon PH,terutama PKR dan Amanah, kerana akibat perpecahan undi kaum itu. Perpencahan undi melayu, menguntungkan PH, kerana pengundi bukan melayu, diramalkan akan kekal memangkah calon-calon PH.

Pengamat politik berkesimpulan, kerana kehadiran PN, maka kedudukan antara PH dan BN di kawasan majoriti melayu adalah 50:50. Pendek kata, kehadiran PN, hanya menafikan kemenangan calon-calon BN, khususnya calon Umno. Benar kah demikian? Kerana sebelum ini, tidak pun terbukti, analisis orang-orang yang sama didapati betul, malah dapatan atau kesimpulan mereka melencong jauh.

Perlu diingat, senario politik tanah sudah berubah. Rakyat boleh menjadi pengadil, semasa Kerajaan Pakatan Harapan, semasa Kerajaan Perikatan Nasional, dan semasa Kerajaan Barisan Nasional. Kini, rakyat mempunyai rujukan, tidak sama seperti semasa PRU-14, hanya satu rujukan. Selain itu, perlu juga mengambil iktibar pada kerajaan Selangor yang bertukar sejak tahun 2008, dan sehingga kini, kekal dengan parti yang sama, malah pada PRU-14, kekuatan parti-parti yang memerintah bertambah-tambah.

Perubahan politik dan kecenderungan pengundi tidak boleh dinafikan begitu sahaja. Makna kata, dalam keadaan politik yang sudah berubah, tidak timbul lagi, parti “underdog” melainkan semua parti mempunyai peluang yang sama, tanpa bebanan, parti lama atau parti baharu.

Kehadiran PN, ada lah memberi alternatif kepimpinan. Pengundi akan menilai, apa kah memilih kepimpinan yang dipimpin Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Tok Guru Datuk Hadi Awang, atau kah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak atau kah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

No comments:

Blog Archive