Monday, November 08, 2021

PRN MELAKA: APA YANG SAYA NAMPAK


APA yang saya nampak, PRN ke-15 Melaka, akan dipengaruhi corak kepimpinan tiga kumpulan parti utama, iaitu kepimpinan Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Hampir setengah juta pengundi negeri Melaka, akan memilih, apa kah suka pada kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak daripada BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng daripada PH atau kah Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Tok Guru Datuk Seri Hadi Awang daripada PN.

Masing-masing kepimpinan mempunyai rekod sendiri yang menjadi rujukan pengundi.

Bagai mana bentuk kempen pun, pengundi akan kembali pada pengalaman mereka semasa gandingan kepimpinan tersebut mempunyai kuasa.

Hakikatnya, kepimpinan dilihat pencapaian dan kebolehan mereka semasa di tampuk kuasa.

Pengundi negeri Melaka, mungkin masih segar corak kepimpinan gandingan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid sebelum PRU-14, demikian juga kelibat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng semasa kerajaan PH berkuasa, dan pola kepimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Hadi Awang semasa kerajaan Perikatan Nasional.

Tiga corak kepimpinan tersebut menjadi rujukan pengundi negeri Melaka, sebelum melangkah ke peti undi pada 20 November ini.

Antara BN, PH dan PN berlumba untuk menang sekurang-kurangnya 15 kerusi pada PRN ke-15 Melaka ini, sebagai syarat menubuhkan kerajaan negeri.

Umno mempertaruhkan 20 calon di kawasan majoriti melayu, kerana di kawasan itu sahaja ada peluang menang kerusi, demikian juga PN, akan mencuba menang sebanyak mungkin kerusi di kawasan-kawasan sedemikian. Manakala PH, mengharapkan sekurang-kurangnya 7 kerusi daripada kawasan-kawasan tersebut, bagi melengkapkan jumlah kerusi, kerana diperkirakan, parti DAP, akan menang mudah di 8 kawasan Dun yang ditandingi.

Namun apa yang penulis nampak, corak kepimpinan hanya berimpak di kawasan majoriti melayu, tidak pada kawasan majoriti cina. Kawasan majoriti cina, tidak bersandar pada corak kepimpinan, melainkan kesetiaan pada parti DAP. Berasaskan pada senario tersebut, PRN Melaka, sebenarnya hanya melihat, ke arah mana pengundi melayu memberikan undi mereka.

Ke arah mana pengundi melayu memberikan undi mereka, setakat ini, sukar diramal, walaupun jika menjengok rekod lampau, Melaka ada lah wilayah Umno.

Sama-sama nantikan keputusan pengundi Melayu Melaka pada 20 November ini.

No comments:

Blog Archive