Sunday, October 10, 2021

SABAH MAJU JAYA ADALAH HALA TUJU KERAJAAN GRS


DAKWAAN Datuk Shafie Apdal bahawa Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhadapan dua isu utama, iaitu isu hubungan antara Bersatu dan Umno dan kedua Kerajaan yang tidak mempunyai hala tuju, ada lah punca memujuk ADUN Warisan untuk keluar parti dan menyokong gabungan tersebut.

Isu pertama, memang berlaku di peringkat pusat, akan tetapi belum merebak di peringkat negeri.

Diakui, jika Umno Sabah keluar daripada GRS, maka kerajaan hilang majoriti. Akan tetapi, komitmen semua pemimpin parti dalam gabungan tersebut menghormati mandat yang diberikan pengundi Sabah pada PRN-16 Sabah, untuk kekal mempertahankan kerajaan sehingga tamat penggal, maka dengan sendirinya menepis dakwaan Presiden parti Warisan tersebut.

Tidak dapat disangkal, pemimpin Umno Sabah yang bukan wakil rakyat, mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan kerajaan GRS, malah pendekatan mereka seolah-olah bermusuh dengan pemimpin Bersatu Sabah yang diterajui Datuk Hajiji Haji Noor, namun, tindakan mereka itu untuk sementara waktu dapat dineutralisasikan oleh pemimpin utama parti itu, yang mengutamakan kehendak rakyat Sabah pada PRN-16 Sabah yang lalu.

Komen-komen pemimpin Umno Sabah yang bukan wakil rakyat, sangat ketara, semasa tindakan menyikirkan Perdana Menteri ke-8. Tindakan mereka itu, telah membangun perseteruan antara akar umbi daripada dua parti tersebut.

Walau bagai mana pun, tindakan mereka itu, tidak mendapat reaksi daripada puncuk pimpinan, samada daripada pengerusi Umno Sabah mahupun pengerusi Bersatu Sabah, adalah penyebab, isu-isu yang cuba dibangkitkan padam secara perlahan-lahan.

Akibat keluarnya ADUN Warisan daripada parti mereka, Presiden parti tersebut, cuba membangkitkan isu hubungan antara Umno dan Bersatu, yang membawa maksud, parti mana pilihan mantan wakil rakyat parti berlambangkan perahu layar tersebut, ada lah pihak yang cuba menyelamatkan parti masing-masing atau parti yang cuba menelan parti lain. Alasan tersembunyi adalah, dalam politik, nombor atau jumlah kerusi yang berbicara. Makna kata, jika mantan ADUN Warisan itu menyertai Bersatu maka ditafsirkan cuba menelan Umno, demikian juga sebaliknya.

Dakwaan Presiden Warisan tersebut, tidak akan boleh mempengaruhi pemimpin seperti Hajiji atau Bung, kerana kedua-dua pemimpin ini, bukan lah pemimpin politik setahun jagung. Kedua-kedua mereka mempunyai pengalaman politik yang begitu panjang, dan sangat mengerti hala tuju politik rakyat Sabah.

Berkaitan dakwaan Shafie, bahawa kerajaan GRS tidak mempunyai hala tuju, adalah dakwaan membuta tuli, kerana jelas, kerajaan Sabah hari ini, mempunyai visi yang jelas, iaitu Sabah Maju Jaya dalam tempoh 5 tahun.

Kerangka SMJ, tersangat jelas yang terangkum baik yang meliputi semua aspek samada sosial, ekonomi dan agama, yang disesuaikan dengan keboleh capaian, dan dikomplimen lagi menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Rancangan memajukan Sabah sebenarnya dilandasan betul, dan akan tercapai apabila tiada gangguan politik. Kerana landasan yang dibina ini cukup tepat, maka pemimpin seperti Datuk Dr Yusof Yakob, seorang pemimpin yang berpengalaman, sanggup meninggalkan parti yang beliau turut asaskan, untuk menyokong kerajaan Sabah hari ini.

Keutamaan pemimpin politik adalah untuk memajukan negeri dan rakyat, bukannya hanya tahu berteriak-teriak di kedai kopi, seperti mana pemimpin setahun jagung dalam parti Warisan, sedangkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa membantu, membela rakyat yang mereka wakili, apatah lagi membantu memajukan Sabah secara keseluruhan.

Kemajuan sesebuah negeri, apabila kestabilan politik wujud. Kestabilan politik memberi ruang dan masa yang cukup bagi pemimpin kerajaan mengatur, merancang dan melaksanakan apa sahaja bentuk kemajuan yang sesuai untuk rakyat dan negeri.

No comments:

Blog Archive