Monday, October 11, 2021

GRS PUNYA CUKUP MAJORITI


TERSANGAT jelas, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai kerusi majoriti di DUN Sabah. Apa kah Datuk Shafie Apdal, sudah tidak mampu mengira? sehinggakan, menuduh bahawa pihak kerajaan menawarkan habuan pada ADUN Warisan yang keluar parti.

Sungguh jelas sekali, kenyataan ADUN Sindumin, beliau tidak dapat membantu dan membela rakyat yang diwakili beliau, jika terus kekal sebagai membangkang, kerana hanya mampu berteriak-teriak di kedai kopi, tanpa boleh berbuat apa-apa.

Sebagai wakil rakyat, beliau tidak tergamak menghukum rakyat yang beliau wakili, kerana hanya kesetiaan pada parti yang beliau turut perjuangkan, sedangkan, matalamat perjuangan sesebuah parti politik adalah untuk membela rakyat, memajukan rakyat dan negeri.

Sepatutnya, Shafie perlu sedar, bahawa beliau juga tidak mempunyai kapasiti membela rakyat yang beliau wakili. 

Jangan salahkan wakil rakyat yang berniat memajukan kawasan masing-masing, apa tah lagi menuduh kerajaan pula cuba menawarkan habuan.

Jika bercakap soal habuan, mengapa ianya diberikan pada wakil rakyat lain, sedangkan, wakil rakyat kerajaan pun, sangat memerlukan peruntukan di kawasan masing-masing. Namun, demi keadilan dan sama rata pada wakil rakyat yang menyokong, maka kerajaan perlu juga mengagih-agihkan peruntukan pada kawasan-kawasan sedemikian.

Hakikat perlu diterima, Parti Warisan tidak pernah diberi mandat oleh rakyat Sabah memerintah, walaupun menang beberapa kerusi pada PRU-14 dan PRN-16 Sabah. 

Rakyat Sabah secara umumnya, tidak percaya, bahawa parti Warisan pimpinan Shafie mampu membawa pembangunan dan kemajuan Sabah. Rakyat telah menjadi saksi, selama lebih 2 tahun, Shafie mendapat peluang sebagai Ketua Menteri, kerana sokongan mereka yang melompat parti, namun, ternyata, kerajaan yang beliau terajui, hanya untuk SESAMA sendiri, seolah kerajaan itu adalah Syarikat Sdn. Bhd.

Kepada Shafie, bermuasabah diri lah, dan jangan membuat tuduhan semata-mata, untuk kekal relevan dalam politik Sabah.

No comments:

Blog Archive