DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos, menggantikan Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang melepaskan jawatan pada 16 Ogos.
Ahli parlimen Bera itu disokong 114 ahli parlimen Umno, PN, GPS dan PBS, serta bebas, melalui surat akuan dan bersemuka satu persatu dengan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka di-Pertuan Agong.
Sokongan 114 ahli parlimen adalah sokongan majoriti mudah daripada 220 ahli parlimen.
Pada 18 Ogos, semasa SPBA menitah menghadap ketua-ketua parti, baginda bertitah, mana-mana ahli parlimen yang dilantik sebagai Perdana Menteri, hendak lah mengabsahkannya di parlimen.
Memang tidak dinafikan, titah SPBA ada lah demikian, namun jika menurut Peguam Negara, berasaskan perlembagaan Persekutuan, keputusan SPBA tiada mana-mana pihak yang wajar mempertikainya.
Jika tujuan usul percaya semata-mata untuk pengabsahan sokongan 114 ahli parlimen seperti mana dizahirkan SPBA, maka ianya tidak menepati keputusan yang dizahirkan. Namun, jika kerajaan merasakan, usul percaya, kerana terdapatnya sokongan ahli parlimen di luar kerajaan, umpamanya, sokongan rentas parti yang menjurus pada sokongan 2/3, maka usul percaya, wajar dijadikan agenda mesyuarat sidang parlimen.
Sebenarnya, mana-mana pihak yang mahu membuktikan sokongan terhadap kerajaan, ianya boleh dibuat pada kelulusan Bajet Tahun 2022 yang akan dibentangkan pada 22 Oktober. Ada lah diyakni, Bajet tersebut akan melalui undi belah bahagi.
Jika Bajet tersebut gagal mendapat sokongan, dengan sendirinya, kerajaan kehilangan sokongan. Maka akan berlaku sekali lagi, perletakan jawatan Perdana Menteri dan kabinet beliau.
Melihat kepada senario sekarang, terutama, jumlah sokongan terhadap kerajaan, menguji keabsahan kerajaan, ada lah tindakan membuang masa. Lebih baik masa yang ada tersebut, membahas berkaitan krisis yang sedang dihadapi rakyat.
Kalau pun, hendak sangat menggantikan kerajaan, maka tunggu lah terwujudnya imuniti kelompok keadaan yang memungkinkan PRU-15 diadakan.
Penggal ke-14 parlimen, berbaki kurang 2 tahun. Tak kan tidak boleh tunggu??
No comments:
Post a Comment