Perdana Menteri ke-8 negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau lebih mesra dipanggil Abah sepanjang perkhidmatannya mengepalai pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini kembali.
Abah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri berkuatkuasa 1 September lalu. Pelantikan ini diputuskan Jemaah Menteri dan dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong.
Ia diumumkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri merangkap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali pada Sabtu, 4 September.
Tidak sedikit rakyat masih ingat lagi dalam ucapan terakhir Abah sebagai Perdana Menteri di hadapan para kakitangan pejabatnya, beliau dengan penuh yakin dan tenang berkata: “Saya akan kembali...”
Kata-katanya itu mendapat tepukan gemuruh.
Kini Abah kembali-Tunai Janji untuk menggalas tugas menerajui sebuah majlis yang penting dalam menentukan hala tuju pemulihan negara.
Atas statusnya itu, Abah akan sekali lagi mendapat perhatian ramai khususnya pihak media kerana kenyataan-kenyataan yang bakal dikeluarkannya adalah berkaitan dengan hal ehwal pemulihan negara.
Nama Abah akan kembali bermain di bibir ramai.
Perlantikan Abah, ada lah testimoni pada pencapaian beliau dan kabinet beliau.
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS ABAH!!! demi Keluarga Malaysia.
No comments:
Post a Comment