Monday, August 02, 2021

UMNO CUBA MENAFIKAN REALITI

Parti Umno melihat, kerajaan yang disokong ahli parlimen parti itu, ada lah kerajaan gagal.

Tidak salah tindakan sedemikan, kerana itu lah tindakan yang sepatutnya bagi sesebuah parti politik bukan sebahagian daripada kerajaan.

Jika kerajaan dapat menang krisis kesihatan dan krisis ekonomi impak Pandemik Covid-19 menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) maka Umno tidak akan mendapat kredit, sebaliknya Perikatan Nasional (PN). Pendapat ini lah yang bersarang pada pemimpin Umno di semua peringkat. Kerana dihantui pemahaman ini, sebelum terlambat, parti mahu semua ahli parlimen parti itu menarik sokongan.

Semua tahu, 6 ahli parlimen sahaja menarik sokongan, kerajaan akan tumbang. Namun, arahan parti tidak mendapat sambutan daripada 36 ahli parlimen parti tersebut, kerana alasan mereka, peperangan dengan musuh-covid-19 masih berjalan, tarik sokongan sama dengan lari dari medan perang.

Akan tetapi, keputusan daripada ahli-ahli parlimen tersebut, tidak diterima kepimpinan parti, dengan satu alasan- jangan memberi talian hayat pada kerajaan gagal.

Realitinya, maksud mereka menarik sokongan, bukan kerana sebab kerajaan gagal, akan tetapi mereka takut kehilangan keuntungan politik.

Umno sudah memutuskan, tiada kerjasama dengan Bersatu, salah satu parti dalam Kerajaan PN pada PRU-15. Jika kerajaan yang disokong ahli parlimen parti di mata rakyat atau penggundi adalah kerajaan berjaya, mengapa pula mengundi Umno? Situasi ini lah yang menghantui jajaran kepimpinan parti itu, khususnya mereka yang telah ditolak rakyat pada PRU lalu, dan mereka yang tiada sebarang kedudukan dalam kerajaan hari ini.

Walaupun desakan-demi desakan daripada Presiden yang mengatas namakan parti, tidak juga berjaya mengyakinkan 36 ahli parlimen untuk tarik sokongan. Kini, rentak diubah, hanya tarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, bukannya kerajaan, selepas Naib Presiden parti tersebut dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tujuannya, jika Tan Sri Muhiyiddin Yassin tersingkir, maka Datuk Ismail  Sabri Yaakob akan mengambil alih.

Mereka sudah belajar daripada peletakan jawatan Tun Dr Mahathir, apabila kehilangan sokongan, maka kerajaan tumbang. Strategi mereka sekarang, Jika TSMY letak jawatan, dipastikan bukan kerana hilang sokongan, akan tetapi atas faktor lain.

Percaya atau tidak, di sebalik munculnya istilah kerajaan gagal, ada lah strategi Umno, untuk tujuan mendapatkan keuntungan politik, pada PRU-15.

Ada lah tidak keterlaluan, kemelut yang berlaku berpunca daripada pembatalan ordinan darurat, yang hanya berkisar pada soal teknikaliti, adalah sebahagian daripada strategi parti itu.

Dan strategi tersebut digunapakai PH. PH hanya memperlancar kejatuhan TSMY, bukan kerajaan PN. Kerana PH tahu, lebih mudah menang pilihan raya ke-15, jika TSMY bukan Perdana Menteri. Atau lebih mudah menang, jika berlaku penjajaran politik baharu, dan menjadikan PN sebagai parti pembangkang.

Kerana strategi mendapatkan keuntungan politik, parti itu terlepas pandang, dalam keadaan rakyat berhadapan krisis kesihatan dan krisis ekonomi, kerajaan yang dibentuk bersama dengan ahli parlimen parti itu, mempunyai tanggungjawab moral kepada rakyat. Tambahan lagi, ahli parlimen parti itu ditugaskan sebagai barisan hadapan menanganinya.

Krisis kesihatan dipertanggungjawabkan kepada ahli parlimen parti tersebut, daripada Kluster Keselamatan, Menteri Kesihatan dan Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Ertinya, jika kegagalan adalah kesimpulannya, maka ahli parlimen parti itu lah yang perlu dipersalahkan, kerana gagal menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Kerana gagal, maka mereka itu perlu dihukum termasuk menteri-menteri lain dan timbalan-timbalan menteri, pengerusi-pengerusi GLC daripada parti itu.

Untuk sementara ini, dua orang ahli parlimen parti itu telah menghukum mereka, iaitu AP Gua Musang dan AP Bagan Datuk yang juga Presiden parti.

Kerana sebahagian daripada mereka itu adalah punca kerajaan gagal, mereka tidak akan dicalonkan pada PRU-15. Sebabnya tiada kelojikan mencalonkan individu yang gagal, kerana pasti, pengundi akan menolaknya.

Mereka ini di mata parti lebih rendah statusnya berbanding mereka yang ditolak rakyat pada PRU-14, seperti Datuk Sharir Samad, Datuk Khalid Noordin, Datuk Rahman Dahlan dan lain-lain, termasuk lah Datuk Puad Zarkasi dan Nor Jazlan Mohammed.

Parti juga beranggapan mereka yang mempunyai isu moral dan integriti jauh lebih baik, daripada mereka ini, hanya satu sebab, kerana mereka itu sebahagian daripada kerajaan gagal.

Pendapat dan pemikiran ini lah yang ditanam pada pemikiran akar umbi parti tersebut, supaya dilamun fantasi.

Untuk merealisasikan fantasi tersebut, sebelum mereka ini terlambat, maka perlu ikut arahan presiden parti, dengan kadar segera keluar daripada kerajaan.

Sebenarnya, perkara yang disembunyikan, semakin lama kerajaan PN menerajui kerajaan, semakin terhakis lah keuntungan politik kepada parti tersebut, kerana rakyat melihat dan merasakan, kerajaan PN adalah kerajaan prihatin rakyat, walaupun pemimpin pembangkang dan penyokong mencuba dengan berbagai muslihat menafikannya.

Sebenarnya sebahagian rakyat negara ini, hendakkan terwujudkan kerjasama berpasukan antara Umno dan Bersatu dan parti-parti komponen PN, serta GPS Sarawak, sebagai peneraju negara.

Rakyat Sabah telah membuktikan menerusi PRN-16 Sabah, hanya kerjasama berpasukkan sahaja, boleh memerintah, kerana antara BN, PN atau kombinasi dengan PBS, tiada satu pihak pun dapat menubuhkan kerajaan.

Sebenarnya pemimpin Umno sedar, berkaitan aspirasi rakyat jika berpandukan pada keputusan PRN-16 Sabah.

Pada PRN Sabah Umno Umno yang bertanding 32 kawasan menang 14 (43.75%); Bersatu bertanding 19 kawasan menang 11 (57.89%), STAR bertanding 8 kawasan menang 6 (75%) dan PBS bertanding 22, menang 7 (31.81%).

Pada PRN tersebut Umno kalah di 11 kawasan tradisi parti itu.

Penulis tidak mengerti, Umno yang tidak pernah berhadapan dengan pilihan raya sebagai parti pembangkang, yakin boleh mencapai keputusan yang lebih baik, jika kekal sebagai parti pembangkang.

Parti yang seharusnya kekal sebagai pembangkang sehingga PRU-15, dihulurkan tangan oleh parti yang menang, dan parti itu adalah Bersatu. Bersatu, sanggup meninggalkan pasukan yang sama-sama menang pilihan raya, hanya satu tekad, mengembalikan kerajaan yang sepetutnya memerintah negara.

Ada lah keterlaluan, pemimpin Umno di peringkat akar umbi, beranggapan, bahawa sokongan ahli parlimen parti itu kepada kerajaan PN, umpama melepaskan anjing tersepit; hanya kerana kebiasaan mereka kepada pemimpin yang berjawatan atau berkedudukan, seperti mana era Barisan Nasional, hilang pada radar. Terngiang-ngiang di telinga keadaan seperti itu kembali semula.

Akibat perasaan dan anggapan tersebut, mereka berkeyakinan, pengundi masih memberi mereka mandat semula sebagai peneraju kerajaan, walhal semasa parti kuat segala-galanya, termasuk peneraju kerajaan, Presiden sebagai Pemimpin nombor satu negara, bertimbun-timbun rekod pencapaian,  pun demikian ditolak rakyat.

Kepada pemimpin Umno, cuba lah mengerti realiti, jangan menafikannya.

No comments:

Blog Archive