Monday, August 02, 2021

ANWAR BERSAMA 106 AHLI PARLIMEN DAKWA KERAJAAN TUMBANG

WALAUPUN jumlah 107 ahli parlimen menolak kerajaan PN, akan tetapi menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan sudah tumbang, atas sebab beberapa AP PN menunggu bulan boleh bicara untuk bergabung, supaya beliau mendapat bilangan kerusi majoriti mudah.

Majoriti mudah daripada 220, adalah 111.

Anwar yang gemar sangat bermain nombor sejak tahun 2008, mungkin sudah mandi bunga, kerana selama berdekad sentiasa memangkah nombor yang salah.

Walaupun Anwar sentiasa memangkah nombor yang salah, hari ini beliau mendapat penghormatan tertinggi, apabila akhirnya Tun Dr Mahathir taat kepada arahan beliau, dan seterusnya AP Langkawi tersebut sanggup memegang kain rentang.

Turun ke jalan ada lah sinonim dengan Anwar. Sesiapa pemimpin yang turut sama, ertinya sudah sanggup menjadikan beliau sebagai BOSS!!!.

Kalau rakyat negara ini merasa terseksa, kerana krisis kesihatan dan ekonomi, jangan tanya pada Anwar dan kumpulan beliau. Mereka tidak akan layan. Bagi mereka, awak mampus kah hidup kah, bukan urusan mereka. Urusan mereka adalah untuk merampaskan kerajaan.

Barisan hadapan yang keletihan melawan Covid-19, mereka tidak peduli. Bagi mereka, semua itu urusan mereka yang makan gaji. Mereka berhimupun, kumpulan baju hitam berhimpun, berdemonstarsi, jika berlaku jangkitan, ada lah tanggungjawab mereka yang makan gaji dalam sektor kesihatan. 

Amaran WHO, KKM, jangan berkumpul, jangan berhimpun, jaga penjarakan fizikal, mereka tidak peduli, kerana bagi mereka, jika dijangkiti dan menjangkiti orang lain, lantak la, yang paling mustahak misi tumbangkan kerajaan tercapai.

Anwar turun ke jalan sejak tahun 1974, dan berlarutan sehingga kini. Tiada satu kerajaan pun tumbang kerana tindakan beliau tersebut.

Anwar tidak percaya manusia merancang, perancangan Allah jua sebaik-baik perancangan.

Apapun metodologi, termasuk mengheret nama Agong, mengatas nama kan Agong, jika Allah tidak memberi keizinan, maka akan berakhir kosong.

Tindakan Anwar and the geng, di mata manusiapun, tidak serupa bikin, apa tah lagi di mata Tuhan.

Rakyat negara ini mengharapkan pembukaan parlimen seperti diwar-warkan mereka untuk membela rakyat, ternyata nawitu itu rupanya palsu. Parlimen hanya digunakan untuk menghalalkan nafsu serakah mereka.

Apabila nawitu yang menyimpang, ada sahaja halangan. Dan terbukti, halangan itu adalah virus corona, sehinggakan parlimen menjadi kawasan berisiko tinggi terwujudnya kluster covid-19, dan akhirnya parlimen diwartakan PKPD selama 14 hari.

No comments:

Blog Archive