Tuesday, August 03, 2021

KERAKUSAN PEMBANGKANG DAN DILEMA AHLI PARLIMEN UMNO

BOLEH kah rakyat negara ini bersandar pada pemimpin politik yang membakul sampahkan undang-undang?

Semalam, kita saksikan, Anwar mengetuai satu himpunan jalanan, yang disertai Tun Dr Mahathir, Datuk Shafie Apdal, Lim Guan Eng dan Mat Sabu kononnya mereka terpaksa turun ke jalan, disebabkan mereka dilarang masuk parlimen.

Parlimen diistiharkan sebagai kawasan PKPD selama 14 hari, kerana jangkitan covid-19 di bangunan tersebut, sebagai impak sidang khas dewan rakyat 26, 27, 28 dan 29 Julai. Dikuatkuasakan PKPD, kerana didapati lebih 50 yang hadir di parlimen didapati positif, termasuk 4 kes varian membimbangkan (VOC)-varian Delta.

Rakyat tahu, tujuan Anwar yang disertai Tun Dr Mahathir, bukan kerana mereka tidak pandai membaca notis yang dihantar kepada mereka, bahawa sidang khas parlimen sehari pada 2 Ogos terpaksa ditangguhkan pada satu tarikh lain, kerana parlimen diletakan sebagai kawasan PKPD.

Akan tetapi, demi publisiti, untuk perhatian ramai termasuk masyarakat antarabangsa.

Selain itu mereka cuba menjadi duluan kepada mana-mana kumpulan selepas ini, untuk mengadakan himpunan dan melanggar SOP.

Tidak dapat dijelaskan sehebat mana hipokrasi mereka, menuduhkan pemimpin kerajaan derhaka, hanya kerana isu teknikaliti berkaitan pembatalan ordinan darurat. Bukan kah tindakan mereka melanggar undang-undang dan SOP satu tindakan derhaka tahap tertinggi, kerana undang-undang dan akta, adalah perkenaan Agong.

Rakyat kena berfikir, jangan terpengaruh dengan pemimpin pembangkang yang hanya tahu bercakap, tetapi perbuatan mereka tidak seperti mana yang diucapkan.

Golongan pemimpin seperti ini, adalah pemimpin yang sanggup menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat, dan apabila rakyat terpengaruh, maka semua janji-janji tersebut dibuang ke longkang.

Sejak diistiharkan proklamasi darurat, mereka bagai nak gila, mendesak persidangan parlimen, kononnya untuk tujuan semak dan imbang, membahas masalah yang dihadapi rakyat dan negara, iaitu isu kesihatan dan ekonomi, buktinya, selepas parlimen dibuka, mereka tidak menunaikan janji, sebaliknya menjadikan parlimen sebagai gelanggang sirkus.

Tindakan Umno, yang kerap mengancam kerajaan, malah arahan Presiden parti itu supaya semua ahli parlimen menarik sokongan, ditambah gesaan Timbalan Presiden parti, agar semua ahli parlimen menjarakkan diri daripada kerajaan Tan Sri Muhiyiddin membawa mesej yang sama, menjadi katalis kepada pembangkang, bukan sahaja melakukan kekecohan di parlimen, akan tetapi mempergunakannya sebagai peluang menumbangkan kerajaan.

Tindakan ahli parlimen Gua Musang, berpindah tempat duduk di parlimen, sebaris dengan ahli parlimen bebas, tambah meyakinkan pembangkang, bahawa kerajaan bakal tumbang bila-bila masa, atas sebab itu, tekanan bertali arus perlu diteruskan.

Di mata rakyat, ketidak stabilan kerajaan hari ini, disebabkan oleh tindak tanduk Presiden Umno dan parti Umno, kerana kerap memberi isyarat kepada pembangkang untuk bertindak menumbangkan kerajaan.

Jika usaha kerajaan menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) gagal, bukan kerana ketidak mampuan kerajaan, akan tetapi, terganggu, kerana ketidak setabilan, angkara tindakan parti Umno dan Presidennya.

Parti Umno dan Presiden lebih rela bersengkokol dengan para pemimpin yang sanggup melanggar undang-undang, berbanding dengan kerajaan, hanya kerana isu kepentingan peribadi yang tidak dapat dituruti.

Penulis simpati pada ahli-ahli parlimen Umno yang bertungkus lumus membantu kerajaan untuk keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda rakyat dan negara, tetapi terus diganggu, diancam oleh Presiden dan partinya sendiri.

Rakyat tahu, yang berhomat-yang berhormat mempunyai nawitu yang jelas, akan tetapi, kekangan, halangan dihadapi terlalu berat.

Hari ini di sebelah petang nanti, MKT parti yang berhomat akan bermesyuarat lagi, entah apa lagi keputusan yang bakal dibuat, mengancam YB-YB!!!.

3 comments:

Unknown said...

Awak ni agak bodoh..PN tak tau buat keje..tak blh kawal..ramai dah mati....mcm2 dah jadi...PN habiskan duit rakyat je...ni semua kau tak nampak...tau pembankang salah....hoi bodoh...pembangkang pun rakyat yg undi/pilih...untuk ke parlimen,rakyat undi siapa..SIAPA yg jadi kerajaan skrg..tak sedar diri...ari2 nak salahkan org lain je...cuba bertangungjawab skt...

Unknown said...

Jangan marah.. Tugas dia dah bg kita keliru.. Bab YDPA amat dukacita tak sebut.. Cuba pembangkang buat.. Dulu yang berdemo geng2 PAS.. Ok je kan

Unknown said...

Mana ratib.. Melayu terancam

Blog Archive