Sunday, August 01, 2021

KERAJAAN GRS-JANGAN LEKA

KEJATUHAN kerajaan, boleh berlaku, kerana leka, reban ayam dimasuki musang berbulu ayam.

Sejak akhir-akhir ini, penulis nampak, tindak tanduk beberapa pemimpin negeri, hanya menyokong PN di peringkat negeri, tetapi melawan arus di peringkat Persekutuan.

Di peringkat Persekutuan itu, membabitkan Pengerusi PN. Menentang pengerusi PN, ertinya secara tidak langsung menentang PN secara umumnya.

Kesepakatan sudah dibuat, Parti Umno menyokong Kerajaan sehingga parlimen dibubar. Akan tetapi, mereka, tidak sabar menunggu masa itu, mereka mahu lebih awal.

Hasrat mereka itu tidak kesampaian, apabila ahli parlimen Umno yang diketuai Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden parti, kekal teguh bersama kerajaan dan Perdana Menteri.

Penulis melihat tindakan Ketua Pemuda Umno Sabah, tidak bersendirian, kebarangkalian ada tangan musang berbulu ayam.

Ada lah mendukacitakan, Ketua Pemuda Umno Negeri bertindak demikian, termasuk mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Kudo kepada Ketua Umno Sabah, Timbalannya dan Setiuasahanya, yang tidak pernah membuat kenyataan yang mengeruhkan suasana.

Cuma penulis, berpesan, supaya mereka ini jangan leka, kerana, kalau-kalau reban ayam dimasuki musang berbulu ayam.

Perbuatan aduh domba, lempar batu sembunyi tangan, boleh mengeruhkan suasana. 

Tidak mengapa, aspirasi rakyat Sabah pada PRN-16, menunjukkan, kerjasama antara PN dan BN dan parti-parti lain adalah pilihan rakyat, tidak di terima di Semenajung, kerana mungkin suasana yang berbeza.

Berpaksikan kepada aspirasi rakyat Sabah itu, maka sewajarnya, jangan berlaku tindakan musang berbulu ayam, lempar batu sembunyi tangan.

Biar lah sebarang perbalahan antara Umno dan PN, dihadkan di Semenanjung sahaja, jangan melibatkan Sabah.

Sebagai penulis, mereka yang bertindak musang berbulu ayam, tidak dapat menyembunyikan perbuatan mereka, kerana mereka tunjukkan menerusi reaksi pada artikel yang penulis buat, walaupun reaksi tersebut cepat-cepat dipadam, mungkin sebagai isyarat, pendapat penulis bebeza dengan mereka. (nota: pendapat tidak sama dengan pendirian).

Penulis diajar dengan pengalaman. Kejatuhan sesebuah kerajaan, kerana perbuatan musang berbulu ayam, perbuatan lempar batu sembunyi tangan, sokong membawa rebah.

Telah kita SAKSIKAN, akibat perbuatan seumpama ini, kerajaan yang kelihatan kukuh, penuh dengan rekod pencapaian, dalam pilihan raya ditolak rakyat, kalau pun tidak sepenuhnya, tetapi gagal mendapat kerusi yang mencukupi menubuhkan kerajaan.

Kepada pemimpin GRS- jangan leka, peka lah kepada keadaan dan waspada setiap masa. Cegah lah, jangan sampai berlaku, kesilapan melihat, disangka ayam jaguh, rupanya MUSANG BERBULU AYAM!!!

2 comments:

Unknown said...

Pn nak dijatuhkan tak boleh... Kerajaan pilihan rakyat dijatuhkan.. Bolehhh

Unknown said...

Ni mmg blok yg bagus.. Mana derhaka.. Cuba ph sanggah agong.. Gempar satu malaysia

Blog Archive