Tuesday, August 31, 2021

31 OGOS 2021: SAMBUTAN TERAKHIR DI BAWAH PANDEMIK


DUA tahun berturut-turut sambutan hari merdeka, negara dalam ancaman pandemik covid-19.

Sambutan hari merdeka tahun ini seperti juga tahu lalu membawa tema Malaysia prihatin, kerana mengenang kesengsaran rakyat mengharungi pandemik.

Setakat semalam seramai 1,725,357 individu daripada 32,847,105 penduduk telah dijangkiti, 16,382 individu daripadanya meninggal, sementara 1,443,262 individu sembuh.

Walaupun jumlah penduduk yang dijangkiti 5%, akan tetapi, kesan pandemik tersebut luarbiasa, khususnya kepada ekonomi rakyat.

Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat negara ini, dikurung hampir 2 tahun, semata-mata sebahagian daripada SOP mengekang jangkitan.

Cuba bayangkan, jika tindakan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilaksanakan, jumlah individu yang dijangkiti, bukan 5% daripada penduduk, kebarangkalian berganda-ganda jumlahnya.

Pandemik Covid-19 telah dijadikan alasan oleh 15 ahli parlimen Umno menumbangkan kerajaan yang telah membina landasan kukuh melawan pandemik tersebut.

Pendekatan yang digunakan seperti PKP, dikatakan gagal membendung jangkitan, kerana didakwa, pelaksanaannya, tidak ketat, kerana memberi kebenaran pada aktiviti-aktiviti yang menjadi punca pada jangkitan.

Sebenarnya, pendekatan PKP telah berjaya, kerana jangkitan pernah dilandaikan pada Julai,2020, malah jangkitan tempatan pernah mencatit sifar.

Oleh kerana, ketiadaan pengalaman mendepani pandemik seumpama covid-19, maka dianggap, apabila berjaya melandaikan jangkitan, maka akan berterusan. Kerana anggapan tersebut, maka pelonggaran SOP dilaksanakan dengan membuka aktiviti-aktiviti ekonomi.

Pembukaan aktiviti ekonomi perlu dilaksanakan, kerana negara tidak mampu lagi bertahan dengan kerugian RM2.4bilion sehari.

Selain itu, tindakan Datuk Seri Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUNS) pada 30 Julai, 2020, untuk pelaksanaan PRN-16 Sabah, ternyata menjadi penyebab mencanak semula jangkitan, dan tidak dapat dibendung sehingga kini.

Kedatangan varian delta, yang mempunyai kekuatan 5-8 kali ganda berbanding virus sebelumnya, telah menambah lagi ancaman jangkitan. Kudos pada program imunisasi covid-19 kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada Februari,2021, diiringi SOP yang ketat, telah menampakkan hasil membendung jangkitan.

Hujung September, dianggarkan 50% penduduk dewasa telah lengkap divaksin, dan pada Oktober, akan wujud imuniti kelompok, jika tidak pun, sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya, sekurang-kurangnya 80% penduduk yang layak telah lengkap menerima vaksin.

Jika demkian, maka keadaan akan kembali normal, walaupun semua kita akan hidup bersama covid-19 (endemik). Jika itu berlaku, maka Hari Kemerdekaan ke-64 yang disambut hari ini 31 Ogos,2021, adalah sambutan terakhir bersama pandemik!!!.

No comments:

Blog Archive