PENDAKATAN ‘LOCKDOWNS” dan SARINGAN tidak lagi efektif mencegah jangkitan, apa tah lagi adanya mutasi virus corona, terutama varian delta.
Menurut data WHO, varian Delta telah menyebar di lebih 100 negara, termasuk Malaysia. Varian yang mulanya dikesan di India, dikatakan mempunyai nisbah penularan 1:8
Di negara-negara maju, vaksin bukan lah isu, atas sebab mereka mendapat bekalan berkali-kali ganda berbanding jumlah penduduk masing-masing.
Penyalaras PICK kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menyuarakan ketamakan negera-negara maju tersebut baru-baru ini, walaupun ianya TIDAK berkait dengan pembelian vaksin negara.
Kerana ketamakan negara-negara maju/kaya, maka negara miskin kurang akses kepada bekalan vaksin. Kerana keadaan demikian, maka sukar mengwujudkan imuniti berkelompok global.
Malaysia yang hanya memulakan vaksinasi seawal 23 Februari, 2021, bergerak pantas sesuai dengan kedatangan bekalan vaksin. Kini, jumlah inokulasi seluruh negara mendekati 9 juta dos, dan hampir 2.5juta penduduk menerima dos ke-2.
Penyelaras PICK telah melaksanakan berbagai pendekatan mempercepat vaksinasi, menerusi pembukaan PPV, pasukan “outreach” termasuk PPV pandu lalu. Kecepatan pemberian vaksin berjalan serentak dengan bekalan vaksin. Semakin banyaknya dos vaksin diterima, maka semakin ramai lah yang divaksin.
Kerajaan menjadikan jumlah penduduk yang divaksin salah satu indikator Pelan Pemulihan Negara (PPN), untuk bergerak dari fasa ke fasa.
Pemberian vaksin, disifatkan sebagai kaedah utama melawan corona virus, kerana ianya kubu pertahanan terakhir.
Kerajaan Sabah telah melancarkan kempen “SIFARCOVID-19” menjelang hujung tahun, sebagai kaedah untuk kembali kepada keadaan normal. Mulai Julai, apabila bekalan vaksin tiba, inokulasi harian bagi negeri di bawah bayu tersebut ditingkatkan ke 30,000.
Sabah walaupun masih terdapatnya jangkitan harian yang berkisar 3 angka, kurang 300, telah memberi kebenaran pada sektor-sektor tertentu beroperasi sejak 29 Jun, 2021, dan menggunakan “SOP-PKPB standard?” yang digunapakai sebelum ini.
Keputusan Sabah melonggarkan SOP, berpandukan data dan sains, yang mendapati, bahawa sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi tersebut bukan punca penularan.
Memang diakui, masih terdapatnya lokaliti yang memerlukan PKPD di Sabah, tetapi, ianya berpunca daripada jangkitan dalam komuniti, impak sporadik di lokaliti tertentu, samada kawasan padat penduduk atau penduduk yang kurang peka terhadap SOP.
Keputusan Sabah melonggarkan SOP, kerana tidak mahu menghukum mereka yang mematahui SOP melawan Covid-19, terutama aktiviti ekonomi yang melibatkan ramai rakyat yang bergantung harap mendapatkan pendapatan.
Apa yang malang, keputusan Negeri Sabah tersebut, "kurang disenangi" Menteri yang mengkoordinasi Pandemik Covid-19 Negara, kerana "memaksa" agar semua SOP diseragamkan di seluruh negara, yakni menyama ratakan, antara negeri yang mempunyai jangkitan tinggi dan yang rendah.
Sabah bukan setanah dengan Semenanjung, lagi pun negeri di bawah bayu tersebut mempunyai autonomi mengawal sempadan. Selagi, sempadan ditutup daripada rentas negeri, maka kebolehjangkitan yang berpunca daripada negeri-negeri tersebut dapat dikawal.
Sabah dalam mengawal penularan, telah lama mengamalkan larangan rentas daerah/Zon, malah Kota Kinabalu-Penampang-Putatan yang berada dalam lingkaran, dilarang rentas daerah.
Kini, isu yang sepatutnya tidak jadi kemelut, bertukar kepada kemelut, dan telah menjadi katalis kepada semua pemimpin Sabah tidak mengira latar belakang politik, berdiri, dan menyokong KEPUTUSAN Kerajaan Negeri yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor pada 28 Jun, 2021 lalu.
Malah isu tersebut menimbulkan cakap-cakap, sudah tiba masanya, pemimpin Sabah bersatu hati, menghentikan "TINDAKAN' membuli daripada pemimpin tertentu di sebarang LAUTAN CHINA SELATAN.
No comments:
Post a Comment