SEMALAM, 1julai, tarikh yang sama tahun lalu, di mana negara hampir menang, namun sehingga kini masih berperang.
I Julai, 2020, kosong jangkitan dalam negara, sebab 1 jangkitan yang direkodkan merupakan kes import.
Pada tarikh tersebut seluruh negara berpesta gembira, walaupun tag #kitasudahmenang belum diluncurkan, sebaliknya tag #kitamestimenang dikekalkan. Mengapa tag #kitasudahmenang tidak diluncurkan? Sebabnya vaksinasi belum bermula, atas sebab vaksin masih dalam ujian klinikal.
Pada masa itu berkumandang pujian kepada Malaysia, sehingga DG Kesihatan negara diangkat bersama DG Kesihatan New Zealand dan Amerika Syarikat adalah 3 individu yang diiktiraf hebat menangani jangkitan covid-19.
Negara jiran termasuk dunia begitu kagum dengan pencapaian Malaysia. Namun, panas disangka hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Kini, Malaysia, bukan sahaja masih akan tetapi sedang berperang, cuba menyusun semula kekuatan, dengan segala sumber,kebolehan yang masih ada.
Angka jangkitan semalam yang berjumlah 6988, hanya kurang 1652 kes berbanding kes keseluruhan negara daripada 25 Januari hingga 1 julai, 2020 yang berjumlah 8640 kes. Ironinya kes semalam tersebut bukan lah yang tertinggi, kerana jumlah jangkitan tertinggi adalah 9020 yang direkodkan pada 29 Mei, 2021.
Juga, sehingga 1 Julai, 2020, angka kematian hanya 2 angka, namun kini, sudah 4 angka, berkepala 5. Manakala jumlah kes positif mencanak ke 6 angka, dan menuju ke 7 angka.
Pencapaian sementara pada 1 Julai, 2020, telah menyebabkan kita leka, mungkin angkuh, dan cuba memandang sebelah mata musuh yang tidak kenampakan. Akibatnya, kita terperangkap dengan keegoan sendiri.
Berbagai pendekatan termasuk PKP2.0, PKP3.0 dan PKP3.0 berfasa, walaupun dapat mengekang jangkitan agar tidak mencanak dengan teruk, sehinggakan sistem kesihatan lumpuh.
Apa yang malang, di saat-saat negara sedang berperang, gelagat para pemimpin yang tidak sebulu atau tidak senang dengan kerajaan tidak henti-henti menunding jari, bukan itu sahaja, gerakan menumbangkan kerajaan terus diatur.
Keadaan diburukkan lagi, apabila segelintir rakyat menganggap bahawa Covid-19 itu tidak real, ada yang berkempen menolak vaksin, ada segelintir langsung tidak gentar dengan mengabaikan SOP.
Melihat cara berperang dengan musuh yang tidak kelihatan, hanya menerusi vaksinasi besar-besaran, dan pada masa yang sama mengawal jangkitan, sehingga lah 80% penduduk sudah diinokulasi dan pada masa itu terwujud imuniti berkelompok.
Kerajaan sedang berpacu dengan masa dan bekalan vaksin. Faktor dibawah kawalan kerajaan seperti PPV (pusat pemberian vaksin) diperbanyak, pasukan “outreach” diperbanyak dan digerakkan, namun kekangan adalah bekalan vaksin bukan kawalan negara.
Dalam keadaan sekarang, selayaknya bukan sahaja semua pemimpin atau wakil rakyat, akan tetapi seluruh rakyat patut bersatu hati, dengan kerajaan menjayakan PPN (Pelan Pemulihan Negara), dengan mengelak menumbangkan kerajaan sebaik sahaja PARLIMEN DIBUKA.
No comments:
Post a Comment