Tuesday, June 29, 2021

SOP ANTARA SARAWAK, SABAH, SEMENANJUNG-TIDAK PERLU SERAGAM

KALAU SOP di Semenanjung wajar diseragamkan, memandang satu tanah, lagi pun mudah untuk rentas antara negeri, berbanding Sabah dan Sarawak, rentas negeri tidak mudah.

Memandangkan jangkitan covid-19 Sabah- telah berjaya dilandaikan, walaupun masih dalam PKP 3.0, adalah tidak wajar diseragamkan dengan negeri-negeri yang mempunyai jangkitan tinggi.

Sabah boleh menyediakan SOP sendiri, berasaskan data dan sains semasa, sebab itu pada 28 Jun, 2021, Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan membenarkan sektor-sektor tertentu beroperasi.

Pengalaman Sabah semasa mencanaknya jangkitan impak PRN-16 Sabah, sehinggakan berjaya melandaikan lengkung jangkitan, harus dibenarkan mengeluarkan SOP berasingan.

Jauh sebelum pelaksanaan PKP3.0 fasa 1, jangkitan di Sabah cukup terkawal, berbanding di negeri-negeri lain, kecuali Perlis, yang juga berjaya mengawal keadaan.

Sektor-sektor yang dibuka, setakat ini, tiada rekod terwujudnya kluster-kluster, kerana pematuhan SOP yang amat tinggi.

Memang diakui di Sabah, terwujudnya kluster-kluster komuniti di lokaliti tertentu, kerana ketidak patuhan SOP, namun, ianya masih terkawal, kerana tindakan pantas yang dilakukan Jabatan Kesihatan negeri.

Sabah telah melancarkan SIFAR COVID-19, yang disusuli dengan berbagai tindakan mempercepat PICK. Sabah hanya menunggu bekalan vaksin, untuk meningkatkan inokulsi ke paras 30,000 sehari.

No comments:

Blog Archive