Pelonggaran SOP perlu dibenarkan bagi negeri-negeri yang berkadar jangkitan rendah dan terkawal. Pelonggaran tersebut perlu diwartakan, oleh MKN.
Mendasari keadaan jangkitan di Sabah yang rendah dan terkawal, jauh sebelum pelaksanaan PKP3.0, malah sebelum bermulanya PKP3.0 Fasa 1, iaitu permulaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), Sabah sudah berjaya melandaikan kadar jangkitan.
Lagipun, Sabah mempunyai autonomi mengawal sempadan, seperti juga Sarawak. Status ini lah yang membezakan dengan negeri-negeri di Semenanjung.
SOP yang seragam di Semenanjung perlu, kerana tiada negeri yang mempunyai autonomi mengawal sempadan negeri masing-masing.
Negeri Sabah, telah menguat kuasakan SOP rentas daerah atau zon, sebagai cara membendung penularan Covid-19. Menerusi kaedah ini, maka jangkitan rentas daerah atau zon dapat dikekang.
Efektifnya SOP rentas daerah/zon, maka keadaan jangkitan cukup terkawal, ekoran pengalaman melandaikan lengkung jangkitan impak kepada PRN-16 Sabah.
Mendasari keadaan jangkitan covid-19 di Sabah yang terkawal, maka Sabah membenarkan sektor-sektor tertentu beroperasi bermula semalam, seperti mana kenyataan ringkas Ketua Menteri Sabah pada 28 Jun, 2021.
Malangnya, pelonggaran SOP tersebut, dilaporkan mendapat maklum balas negatif daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yakob, menteri yang mengkoordinasi SOP covid-19 peringkat Persekutuan. Ada kemungkinan, salah lapor oleh pihak media, kerana ianya bercanggah dengan kenyataan media Menteri yang mengkoordinasi Covid-19 bagi Sabah-Datuk Seri Masidi Manjun, bahawa SOP kelonggaran tersebut menunggu diwartakan oleh Persekutuan, sebelum diumumkan dan selanjutnya berkuatkuasa.
Kerana kekeliruan tersebut, maka pelonggaran SOP Sabah, jangan lah dipolimekkan, sehingga menimbulkan isu lain yang boleh digarap pihak lawan untuk tujuan politik.
No comments:
Post a Comment