Tuesday, June 22, 2021

HASRAT BESAR KERAJAAN SABAH

HASRAT segera Kerajaan Sabah, adalah SIFAR COVID-19, hasrat yang berjalan sesuai dengan masa, adalah rombakan jawatankuasa Pemantau Dasar Korporat dan Tadbir Urus Kerajaan Negeri yang bakal memperkasa pengurusan korporat semua Badan Berkanun Negeri (BBN) serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Hasrat sifar covid-19, bukan sahaja kaedah menyelemat nyawa rakyat, akan tetapi asas utama pembukaan semua aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, dan sektor-sektor lain kembali kepada normal.

Memusatkan pemantuan BBN dan GLC pada Kementerian Kewangan, bukan sahaja memastikan perjalanan, pengurusan sektor-sektor tersebut berjalan dengan baik, akan tetapi dapat mengurangkan ketirisan yang tidak perlu.

Julung kali di Malaysia, ada jawatan kuasa pemantau seperti ini. Apa yang diharapkan menerusi pemantau ini, kerajaan dengan pasti dapat menilai, BBN atau GLC yang maju, berdaya saing, dan pada masa yang sama dapat memperbetulkan, memperbaiki, upgrade badan-badan atau syarikat-syarikat, yang termasuk dalam HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU.

Penulis tidak mempunyai data lengkap berapa kah BBN dan GLC di Sabah, kerana ianya jarang dilaporkan. Pengetahun penulis hanya terhad pada BBN atau GLC yang membayar dividen atau cukai korporat atau yang melaksanakan CSR.

Penubuhan BBN atau GLC, sebenarnya dapat mempercepat kemajuan, dapat mengurangkan kadar kemiskinan. BBN dan GLC adalah faktor pendorong merungkai “lingkaran kemiskinan”. Lingkaran kemiskianan, jika tiada suntikan diluar lingkaran tersebut, boleh berlanjutan sehingga 3-4 generasi.

Semasa pemerintahan Parti Berjaya yang diterajui Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri), kerajaan masa itu, menubuhkan begitu banyak BBN dan GLC, kerana beliau faham, lingkaran kemiskinan, hanya dapat diselesaikan menerusi suntikan luaran daripada lingkaran tersebut.

Di era pemerintahan Barisan Nasional, semasa Datuk Musa Aman (kini Tan Sri) menerajui kerajaan, kerajaan mendorong setiap BBN dan GLC perlu berdaya maju, selain dapat membayar dividien kepada pemegang saham (kerajaan negeri) juga dapat mencipta peluang-peluang pekerjaan, melonjangkan Keluaran Kasar Dalam Negeri (KDNK).

Apabila hampir 15 tahun, perjalanan BBN dan GLC, kerajaan GRS yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor, nelihat, memantapannya, perlu dilaksanakan, agar lebih efektif, dan terus berdaya maju.

Pemantapan BBN dan GLC, ada lah kaedah untuk mencapai visi SABAH MAJU JAYA menjelang tahun 2025, sudah tentunya, kerajaan perlu mencapai SIFAR COVID-19 dengan segera, agar, sebarang perancangan boleh berjalan dilandasan yang betul tanpa gangguan.

No comments:

Blog Archive