Thursday, May 06, 2021

PRU-15: AMBIL IKTIBAR PRN-16 SABAH

DALAM keadaan pandemik covid-19 masih mengancam, mengadakan PRU-15 dalam masa terdekat, bukan sahaja tidak sesuai, malah akan mengundang malapetaka besar kepada pengundi.

Jika imuniti kelompok sudah terwujud yang ditandai 80 peratus rakyat telah menerima vaksin, maka boleh menghalang pengundi dijangkiti virus pembunuh tersebut, jika PRU-15 diadakan.

Mereka yang ingin sangat diadakan PRU-15, malah mendesak perlu diadakan selepas proklamasi darurat yang tamat pada 1 Ogos, 2021, perlu mengambil iktibar impak PRN-16 Sabah yang mana sehingga kini menjadi punca penularan yang mendorong kerajaan memohon pengistiharan darurat.

Memang benar, semasa darurat diumumkan pada awal Januari, 2021, kerajaan memperkirakan menjelang Mei, 2021, jumlah jangkitan akan melandai, malah angka jangkitan 2 digit dijangka akan tercapai. Namun, semua itu tidak menjadi kenyataan, malah kadar jangkitan meruncingkan, sehinggakan perlu dilaksanakan PKP di beberapa buah negeri yang terjejas teruk.

Kadar jangkitan 4 digit, dikatakan oleh pemimpin politik yang membangkang kerajaan sebagai sandiwara untuk kekal berkuasa, sebenarnya, hanya kenyataan politik yang tidak mahu mengambilkira ancaman virus tersebut.

Virus adalah musuh yang tidak nampak. Ertinya, tiada istilah yang boleh digunapakai, untuk menggambarkan ancaman virus terus boleh dicatur oleh mana-mana pihak untuk maksud tertentu.

Dalam keadaan ancaman virus masih belum dijinakkan, semua pihak khususnya para pemimpin politik, perlu berganding bahu membantu bagaimana rakyat terelak daripada jangkitan.

Dalam keadaan sekarang, jangan fikir dulu, soal PRU-15, utamakan dahulu rakyat. Belajar lah daripada PRN-16 Sabah.

3 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...
This comment has been removed by the author.
Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

PEMBETULAN:

Diamlah lu PARASIT PENIPU si Bersatu NAZI BANGKAI ANJING!! Sengaja nak MENGALIH PERHATIAN dr. JENAYAH2 & KEGAGALAN rejim DIKTATOR muhyiddin/BERSATU Bangkai ANJING ni!!

Tgk., TAK habis2 nak MENIPU & MEROMPAK Rakyat psl. VAKSIN Covid-19, yg. mmg. paling LEMBAP, dah diTANGGUHkan pula - kononnya sbb. TAK cukup bekalan!!

Yg. TAK nak ambil VAKSIN2 dr. CHINA & RUSSIA dr. dulu lagi, apahal, mcm. yg. dah dibuat dgn. SEGERA & PANTAS, oleh KERAJAN2 ARAB, INDONESIA, AMERIKA SELATAN dll - sdgkan rejim2 PENGGANAS Zionis/Barat mmg. menSABOTAJ akan BEKALAN Vaksin BARAT/Zionis depa, kononnya TAK cukup & tak berkesan - tapi ini semua selepas lebih 1 BILLION Rakyat depa terutamanya OMPUTIH2/puak2 ZIONIS, telah diVAKSINkan di BARAT/ISrael!!

khairy PARASIT/rejim BERSATU Nazi - JANGAN sewenangnya asyik nak buat ALASAN2 PENIPU - apalagi utk. memVAKSINkan SEGERA Warga2 Asing/PATI2 demi MEMBELA Kedutaan2 ASING & MAJIKAN2 Industri2 KAYA RAYA, yg. TAMAK & TAK nak keluaq SESEN pun!!


Lihat PEBDEDAHAN BERNAS oleh YAM DS Najib terCINTA kita, di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/kerajaan-kata-mereka-tak-pasti-fasa-3-pelan-vaksinasi-negara-boleh-bermula-pada-/10157868892555952/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Dan apa HAK Warga2 Asing dr. KEDUTAAN2 diberi VAKSIN, & dahlah tu, setiap AHLI2 KELUARGA depa, dgn. PERCUMA & SEKARANG - sdgkan RAKYAT yg. perlu diUTAMAkan!!

Dan adakah AHLI2 KELUARGA Barisan hadapan kita juga telah diberi VAKSIN - spt. pd WARGA2 ASING dr. KEDUTAAN2 ni?!! Apaka AHLI KELUARGA mereka juga lebih PENTING dr. RAKYAT kita, terutamanya AHLI2 KELUARGA barisan hadapan kita?!!!

Mmg SEWEL & JAHAT si khairy liberal PARASIT/BERSATU Perompak NAZI ni!!

Lihat di - https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/06/health-minister-malaysia-to-receive-3.52m-doses-of-covid-19-vaccines-this-m/1972212 (TAK dilapurkan di berita MELAYU!!)

Blog Archive