Saturday, May 29, 2021

KATA NAJIB- KERAJAAN PN GAGAL

MENURUT Dato Seri Najib Razak, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal. Dengan kenyataan tersebut, membawa erti, 9 pemimpin Umno yang juga menteri penuh dan 6 lagi sebagai Timbalan Menteri juga sebahagian daripada kerajaan gagal. Jika demikian, maka mereka itu, sepatutnya dikeluarkan daripada kepimpinan Umno.

Pemimpin yang terkategori gagal, lazimnya tidak akan disenarai sebagai calon atau sebahagian pemimpin parti, kerana, atas sifat kegagalan mereka, maka akan menjadi liabiti kepada parti.

Di mata Dato Seri Najib dan kawan-kawan, 14 pemimpin Umno yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan PN, tidak boleh disertakan dalam barisan calon-calon parti itu pada PRU-15, kerana sebagai pemimpin yang gagal, sudah tentunya rakyat atau pengundi menolaknya.

14 AP Umno tersebut, merupakan liabilti kepada parti berbanding MP Pasir Salak, Padang Rengas, Gua Musang, Machang, Pekan dan Bagan Datuk mahupun Baling.

Benar kah andaian mantan Perdana Menteri ke-6 tersebut? Sedangkan di mata rakyat secara umum, para pemimpin Umno yang merupakan sebahagian kerajaan, sudah menjalankan tugas masing-masing sesuai dengan kapasiti masing-masing.

Atau kah dakwaan Kerajaan Gagal, hanya perasaan mereka yang membuat dakwaan kerana mereka tidak diberi sebarang jawatan dalam kerajaan?

Dalam Kerajaan PN, khususnya tindakan berperang dengan pandemik Covid-19, tiga pemimpin Umno, merupakan pemain utama. 

Gagal atau berjayanya melawan covid-19 sangat bergantung kepada tiga pemimpin Umno tersebut.

Dakwaan Kerajaan gagal melawan pandemik covid-19, ertinya, menuding jari kepada tiga pemimpin tersebut.

Bagi penulis, tidak nampak, di mana gagalnya kerajaan PN, kerana kerajaan sudah bertindak, sebaik mungkin. 

Kerajaan sudah memastikan sebarang kaedah yang sesuai dengan protokol kesihatan untuk membendung jangkitan; telah mengeluarkan dana yang besar untuk membantu rakyat yang terkesan, malah kerajaan telah menguatkuasakan berbagai SOP, termasuk kompuan yang tinggi kepada pelanggar SOP, namun, kerana masih ramai yang degil, ramai yang menjadi penghasut, maka jangkitan covid-19, tidak dapat dihalang dengan baik, malah mencanak semula, sehinggakan kerajaan TIADA pilihan selain melaksanakan "total lockdown" semula bermula 1-14 Jun, 2021.

Kerana adanya "total lockdown" maka rakyat yang rentan, sangat terkesan. Kerajaan perlu menghulurkan BANTUAN PRIHATIN dengan kadar segera, supaya RAKYAT yang terkesan tersebut TIDAK kelaparan.

4 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

UMNO dah kena TIPU habis2an oleh si rejim PEROMPAK/PEMBUNUH Bersatu NAZI ni, si ANJING Bersatu oi!!

Menteri2 UMNO dlm PN hanya dlayan mcm. KULI2 HINA oleh si BANGKAI2 ANJING Diktator muhyiddin-NAMA PALSU/azmin HOMO paling SIAL!!

Puaka Rimba said...

Saya selesa di bawah kerajaan gagal BERSATU dari Kerajaan Kleptokrat UMNO. Hihihikikikihahahakahkahkah

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Pi MAMPOS lu HOMO Bangkai ANJING DAP Parasit ZIONIS!!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Yg. rejim KLEPTOKRAT DAP BANGKAI ANJING - TAK pula lu terLALAK aahhhh??!!


Di - https://www.malaysia-today.net/2020/07/02/the-untold-story-of-guan-engs-proxy-the-penang-condo-king/

Blog Archive