UMNO jangan terperangkap, berkaitan episod Tajuddin (MP Pasir Salak, merangkap AMT Umno dan Pengarah Pilihanraya parti), sehinggakan parti terpalit ibarat setitik nila rosak susu sebelanga, atau parti tidak terperangkap dengan meneggakkan benang yang basah.
Umno kena melihat ahli dan penyokong secara keseluruhan, jangan kerana seorang, maka parti terjerumus.
Benar, MP Pasir Salak itu mendapat sokongan di kawasan parlimen beliau, tetapi TIDAK semestinya mendapat sokongan di kawasan lain.
Para pemimpin parti jangan beranggapan, bahawa tindakan SPRM terhadap mantan Pengerusi bukan eksukatif Prasarana yang dipecat tersebut ada lah mainan pemimpin Bersatu, kerana perlu menilai sendiri tindak tanduk beliau yang tidak mencerminkan sebagai pemimpin.
Umno, kena melihat, latar belakang Tajuddin yang tidak berubah sejak tahun 1995, yang sentiasa menimbulkan kontraversi yang memalitkan imej negatif kepada parti.
Umno bukan sahaja perlu mmembersihkan diri malah perlu menjauhkan diri daripada para pemimpin yang menyebabkan parti julung kali kehilangan kuasa sejak penubuhan Malaysia pada PRU-14.
Bukan sedikit pemimpin Umno yang bebas kontraversi, bersih dan disenangi malah diharapkan rakyat memimpin negara, namun, akibat segelintir pemimpin yang memuakkan, memualkan, menyebabkan rakyat menjauh, sehinggakan sanggup berpaling tadah menyokong parti lawan, sehinggakan kehilangan kuasa.
Umno kena mengambil iktibar, senario politik tanah air sudah berubah. Gagal mengikuti rentak, maka tenggalam.
Ada pemimpin Umno yang ditolak rakyat pada PRU-14, cuba mempengaruhi parti, agar parti menarik sokongan terhadap kerajaan PN, sebelum pembubaran parlimen, malah ada yang mendesak sebelum tempoh darurat tamat, supaya, kerajaan tumbang.
Malah mereka ini, mahukan SEBUAH kerajaan baharu dibentuk, barisan kabinet baharu dibentuk, JIKA PRU-15 tidak dapat diadakan kerana PANDEMIK COVID-19.
Adalah difahami, jika kerajaan baharu dibentuk, maka PH dan Umno berserta Warisan, bakal mengambil alih, kerana kolobrasi parti-parti tersebut mempunyai jumlah ahli parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Dalam situasi sekarang, mana-mana parti, mana pemimpin yang menerajui KERAJAAN akan kekal berhadapan dengan jangkitan COVID-19 yang sedang mencanak naik.
Penulis yakin, TIADA mana-mana parti atau pemimpin yang mempunyai LAMPU aladdin, untuk menamatkan jangkitan dalam masa segera, melainkan akan juga ikut kaedah yang dilaksanakan, seperti TINDAKAN "Total lockdown" menasihatkan rakyat mematahui SOP, memantaskan program vaksinasi.
Dalam keadaan sekarang, pilihan para pemimpin yang bijaksana, bersatu hati lah memerangi COVID-19, selepas menang, KITA sama-sama hadapi PESTA DEMOKRASI menerusi PRU-15.
No comments:
Post a Comment