Latest News

TAMAT DARURAT- BAIK BURUK UNTUK RAKYAT

DI mata rakyat biasa, samada ada atau tanpa darurat, ianya hampir serupa.

Penulis, salah seorang rakyat biasa, tidak terkesan langsung, dengan proklamasi darurat, kerana proklamasi itu sendiri, bertujuan memperlancar tindakan kerajaan berperang dengan pandemik covid-19.

Walaupun, proklamasi darurat bertujuan melawan pandemik covid-19, akan tetapi ada pemimpin yang mempolitiknya, sambil mempengaruhi rakyat membantahnya.

Tindakan Tun Dr Mahathir dan the geng, mohon menghadap SPBA untuk menyerahkan memorandum TAMATKAN DARURAT, adalah satu usaha, menganggu TUGASAN kerajaan melawan Pandemik Covid-19. Ini kerana, apabila darurat tamat, maka parlimen perlu bersidang, PRK perlu diadakan, bagi satu kawasan Dun dan Parlimen di Sabah, dan satu kawasan parlimen di Perak.

Hakikatnya, meminta tamatkan darurat, bukan bertujuan seperti mana kehendak beberapa ahli parlimen pembangkang, agar parlimen dapat bersidang, akan tetapi, mahu menumbangkan kerajaan.

Jika kerajaan tumbang, maka mereka mahu menggantikannya, jika SPBA tidak memperkenaan pembubaran parlimen bagi tujuan PRU-15 diadakan lebih awal.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai dua cabaran ketika ini untuk mengekalkan kerajaan, pertama, menunggu keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang akan bermesyuarat pada 25 April ini, manakala cabaran kedua tuntutan tamatkan darurat daripada kumpulan Tun Dr Mahathir.

Bagi rakyat biasa, apakah menerusi tindakan MKT Umno atau kah kumpulan Tun Dr Mahathir, tiada manafaat kepada rakyat biasa, rakyat bagaikan pelandok, apabila gajah-gajah bertembung, maka peladok lah menjadi korban.

Memang diakui, kerajaan hari ini, tidak mempunyai banyak majoriti, sebab itu, terus diganggu. 

Sepatutnya, dalam keadaan sekarang, semua pihak perlu membantu kerajaan berperang dengan Covid-19, membantu memulihkan ekonomi, agar rakyat biasa tidak terus menanggung beban kehidupan. 

Telah lebih setahun, rakyat negara ini menderita. Seharusnya para pemimpin memahaminya, bukannya menambah masalah, termasuk terus menganggu kerajaan yang berusaha sebaik mungkin melawan pandemik Covid-19, dan memulihkan ekonomi.

Para pemimpin patut menyokong pemimpin kerajaan bertindak diluar kebiasaan, apa kah itu berkaitan penggunaan aset-aset dan dana negara untuk membantu rakyat, bukannya terus mempersoalkan setiap tindakan kerajaan, seperti mana terus dilakukan oleh mantan-mantan Perdana Menteri, mantan-mantan menteri, termasuk lah mereka yang ditolak rakyat pada PRU-14 lalu.

Dalam keadaan sekarang, menamatkan darurat, lebih menambah parah kepada penderitaan rakyat, kerana besar kemungkinan rakyat terpaksa berhadapan dengan PRU, yang bakal mencetuskan gelombang baharu jangkitan covid-19, seperti mana berlaku pada PRN-16 Sabah pada September, 2020.

4 Responses to "TAMAT DARURAT- BAIK BURUK UNTUK RAKYAT"

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

BANGKAI punya artikel/blog PENIPU Rasis & Fasis, yg. ANTI-UMNO Semenanjung!!

DASYATnya PENIPUAN & ROMPAKAN berterusan amat RAKUS oleh DIKTATOR muhyiddin-NAMA PALSU/rejim BERSATU Parasit NAZI ni - dgn. memPERGUNAkan DARURAT & COVID-19 sewenangnya!!

Tgk. rejim BERSATU Perompak NAZI punya nak MENIPU melalui media2/blog2 SAMPAH pro-DAP Parasit/BERSATU Nazi ttg. ROMPAKAN rejim BERSATU ni dr. KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA (KWAN), kononnya ini semata2 pasal wang PETRONAS - tapi diBIDAS dgn. BERNAS oleh Mantan PM Agung ORANG ASAL Islam/Melayu kita, YAM DS Najib - yg. berjaya MENINGKATkan waktu pemerintahan beliau/KERAJAAN BN, Simpanan & Keuntungan KWAN terutamanya utk. KEBAJIKAN jenerasi akan dtg., dr. $4 BILLION kpd. ~ $17 BILLION!!

Di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/kedua-dua-tajuk-berita-ini-adalah-salah-bukan-mo-salah-yekumpulan-wang-amanah-ne/10157842522450952/

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Kluster PENDIDIKAN Covid-19 makin MENINGKAT di kalangan GURU2 & ANAK2 kita - tapi khairy PARASIT/BERSATU Nazi PEROMPAK - sibuk terLOLONG nak SEGERA & secara PERCUMA bagi VAKSIN kpd. hampir 10 JUTA Warga ASING/PATI2 dlm. FASA KETIGA bulan JUN - kerana begitu nak jaga KEDUTAAN2 ASING & MAJIKAN2 Industri KAYA-RAYA yg. TAMAK, tak nak keluaq SESEN pun!!

Apa juga jadi pd. 150,000 KOMPUTER2 yg. nak diPINJAMkan (dahlah tu, BUKAN percuma) pd. ANAK2 Rakyat miskin kita? Sdgkan rejim BERSATU Parasit NAZI ni punya MEROMPAK sini sana bawah ORDINAN2 DARURAT penipu - dgn. menjual MURAH Aset2/Hartanah2 NEGARA termsk. ATM kita, ISLAM/UMATnya & bangsa BUMIPUTERA kita, terutamanya dr. KHAZANAH & BOUSTEAD (yg. TAK dak kaitan pun dgn. COVID-19) & dah membuat PINJAMAN KERAJAAN hampir $80 BILLION hanya dlm. masa 4 BULAN!!

Mana juga AGONG?!

Lihat si Menteri PARASIT ni, di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/04/22/tengku-zafrul-gembira-apabila-rakyat-tidak-lagi-membicarakan-berkenaan-150000-komputer-riba-dijanjikan-kementerian-kewangan-dalam-bajet2021/

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

ROMPAKAN2 terhdp. ASET2 Negara, ISLAM/UMATnya & bangsa BUMIPUTERA kita - diTERUSkan oleh DIKTATOR muhyiddin-si nama PALSU (sampai PENGEDAR DADAH Sabah diBEBASkan sbb. nama PALSU ni) & parti PENYAMAQ yg. BUKAN lagi parti Pribumi yg. diKUASAI si HOMO2 bekas PKR, iaitu BERSATU Parasit NAZI, si ULAR IBLIS!!

Lihat ROMPAKAN terbaru KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA (KWAN) yg. buat KEUNTUNGAN hampir $20 BILLION dlm. thn. 2017 bawah Mantan PM AGUNG Orang Asal ISLAM/MELAYU kita, YAM DS Najib terCINTA kita - dgn. alasan PARASIT2 khairy/Bersatu kena beli VAKSIN!!

Jadi yg. nak bagi VAKSIN2 PERCUMA & SEGERA pd. SEMUA Warga2 ASING/PATI2 (~10 JUTA) - tanpa & KEDUTAAN2 & MAJIKAN2 KAYA RAYA depa bayaq sesen pun, apahal?!!

Di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/kumpulan-wang-amanah-negara-kwan-telah-ditubuhkan-pada-18-februari-1988-di-bawah/10157840971425952/

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Lihat juga, SENYAP2 - HARTANAH2 ATM kita pula diROMPAK dgn. MURAH melalui syarikat GLC, BOUSTEAD, yg. mana LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT) adalah pemegang SAHAM terbesar!!

Di - https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/04/boustead-properties-jual-tanah-rm233-4-juta/

Blog archive