Thursday, January 14, 2021

TIADA PERSIDANGAN PARLIMEN/DUN- MEDIA SOSIAL MASIH ADA

DALAM era telekomunikasi ini, perlu diakui, komunikasi atas talian, jauh lebih efektif berbanding sidang parlimen/Dun.

Penulis perhatikan, gelombang, tindakan setetengah pemimpin di Sabah yang berpunca daripada media atas talian, yang telah melahirkan "Tindakan Speed" khususnya yang berhubungkait dengan kemudahan awam, seperti kerosakan jalan, jambatan, putus bekalan air bersih atau impak daripada banjir, atau bantuan kepada rakyat terjejas kerana PKP.

Fenomena "tindakan speed" jarang sekali berlaku kerana impak persidangan parlimen atau DUN.

Bagi wakil rakyat daripada pihak mana pun, proklamasi darurat, yang mana semasa tempoh tersebut TIADA persidangan parlimen/Dun, jangan bimbang, anda semua masih boleh menggunakan perantara media atas talian untuk berkomunikasi, malah peluang anda untuk mengemukakan cadangan-cadangan bernas, bagi berhadapan dengan pandemik covid-19, kelesuan ekonomi, selain cadangan-cadangan agar pelabur asing kekal di negara kita.

Para wakil rakyat atau pemimpin perlu akui, pelabur asing lari atau tidak masuk melabur dalam negara, kerana tindakan anda-anda semua, yang terus mengancam, mengepung kerajaan,dan seterusnya kerajaan kelihatan sangat tidak stabil.

Perbuatan, mengulang-ulang, bahawa kerajaan adalah kerajaan yang paling sedikit majoriti di dunia, bukan sahaja menakutkan pelabur, juga menjadi pemangkin, kepada mereka untuk tidak melabur, malah yang sudah melabur pun, keluar berpindah ke negara jiran atau negara lain.

Bukan itu sahaja, ancaman, menarik sokongan, telah menyebabkan, pelabur, percaya dan yakin, kerajaan akan tumbang bila-bila masa.

Kepercayaan pelabur tersebut, diperkuat lagi, apabila Umno bercadang memutuskan kerjasama dengan Bersatu. Belum pun cadangan tersebut dimuktamadkan menerusi PAU parti itu, tiga MP parti itu telah membuat tindakan menarik sokongan, walaupun tindakan tersebut didahului oleh proklamasi darurat.

Apabila proklamasi darurat berkuatkuasa, tidak timbul lagi, isu menarik sokongan.

Dalam tempoh darurat kesihatan ini, atau boleh juga darurat ekonomi, para pemimpin parti yang ingin mendapat mandat rakyat pada PRU akan datang, jadi lah juara rakyat, pisahkan diri daripada kepentingan atau agenda pribadi.

Tanpa persidangan parlimen/Dun, gunakan media sosial, untuk memaparkkan, bahawa anda-anda PEDULI RAKYAT.

Penulis percaya, pada era sekarang, pihak yang menguasai media atas talian, akan muncul sebagai pemenang. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive