Monday, January 11, 2021

TAN SRI MUHIYIDDIN TERKEPUNG- UMNO PERTINGKAT ANCAMAN

TINDAKAN MP Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaacob menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional, wakil rakyat ke-2 selepas Tengku Razalegh Hamzah (Gua Musang), "menyebabkan" kerajaan PN diatas kertas disokong 110 daripada 220, berbanding pembangkang 108.

Sokongan 110, tidak boleh ditakrifkan bahawa parlimen tergantung, kerana Kerajaan sudahpun terbentuk.

Kedudukan Tengku Razalegh dan Ahmad Jazlan tidak jelas, apabila duduk di parlimen, kerana dua MP Umno itu akan duduk di blok mana? Jika masih bersama blok Umno, maka masih dikira sebagai blok kerajaan.

Kedudukan kerajaan PN, secara perlembagaan kekal, sehingga persidangan parlimen akan datang, kerana pada persidangan tersebut, akan diketahui, samada kerajaan benar-benar kehilangan majoriti, menerusi kaedah undi tidak percaya.

Umno akan mengadakan PAU pada 31 Januari, 2021, yang digembar gemburkan akan membuat keputusan rasmi putus kerjasama dengan Bersatu. 

Apa kah putus kerjasama itu serta merta, atau sehingga parlimen dibubarkan. 

Jika keputusan Umno serta merta, maka kerajaan tumbang. Jika kerajaan tumbang, maka parlimen perlu dibubarkan. Memandangkan ancaman pandemik covid-19 masih bermaharajalela, maka kemungkinan besar SPBA akan melantik Perdana Menteri untuk menerajui kerajaan sementara.

Dalam keadaan ancaman pandemik covid-19 belum reda, mengadakan PRU-15 mengejut, adalah tindakan memperjudikan nyawa rakyat.

Tidak bersetuju diadakan PRU-15 dalam masa terdekat, tidak memerlukan PhD, kerana setiap rakyat yang berakal, tahu ancaman terhadap nyawa yang membawa maut.

Bagi penulis, sejak negara merdeka, kerajaan Perikatan Nasional, adalah kerajaan yang bakal tercatit dalam sejarah politik negara, sebagai kerajaan yang penuh ancaman dan pembulian, sebabnya, hanya satu- majoriti yang tipis.

Dalam keadaan Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang terkepung plus ancaman, apa kah "way-out" yang beliau pilih? sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive