Sunday, January 10, 2021

KOMITMEN KUKUHKAN ANTARA PARTI DALAM GRS CUKUP TINGGI

TERGAMBAR dengan jelas, senerai Ahli Jawatankuasa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diumumkan semalam oleh Pengerusinya- Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah, KOMITMEN pemimpin tertinggi setiap parti.

Ahli Jawatankuasa tersebut,semacam Majlis Kerja Tertinggi (MKT), ertinya badan yang boleh disifatkan sebagai penentu/perumus halatuju Kerajaan GRS. 

Benar lah, kenyataan Datuk Seri Hajiji, sempena 100 hari menduduki jawatan Ketua Menteri, bahawa beliau merupakan Ketua Menteri untuk semua, merentasi fahaman politik. 

Pemantapann struktur organisasi, dengan meletakkan mereka yang sesuai, adalah titik permulaan kepada kemenangan. Apabila struktrur organisasi kukuh, maka akan menjamin kekukuhan sesebuah kerajaan. 

Penulis melihat, kerjasama antara wakil rakyat dalam GRS cukup mantap, apabila dilihat semasa sidang DUN Sabah akhir tahun lalu, semasa perbahasan Bajet Tahun 2021 Sabah. 

Saling mengisi antara satu sama lain, baik yang berjawatan dalam kabinet mahu yang berada di bangku penyokong kerajaan, mencerminkan hubungan kerjasama antara parti-parti dalam gabungan tersebut, sukar masuk angin, apapun dakyah yang dilakukan pihak pembangkang. 

Komitmen para pemimpin semua parti dalam GRS, terlihat semasa PRN-16 Sabah, yang mana kesanggupan calon-calon parti yang terlanjur menghantar pencalonan, menarik diri sebelum pengundian, walaupun tidak secara keseluruhan. 

Adalah adat sebuah kerjasama yang dianggap sebagai “bidan terjun” kerana gabungan tersebut hanya terwujud semasa penamaan calon, idea Perdana Menteri sendiri. 

Kini, selepas gabungan tersebut diberikan mandat oleh rakyat Sabah, akan terus melaksanakan amanah yang diberikan, selama mungkin rakyat Sabah menghendakinya. 

Jika sekiranya, semua parti terus memperkukuhkan ikatan, tidak mustahil, gabungan tersebut akan terus dikekalkan sebagai kerajaan negeri, untuk jangka masa yang panjang. 

Untuk mempererat dan memperkukuh ikatan, gabungan tersebut, mesti sedaya upaya melaksanakan keseimbangan antara semua pihak, di semua peringkat termasuk, peringkat akar umbi, agar tidak wujud, perbalahan. 

Gabungan tersebut, perlu mengambilkira, hubungan antara Umno dan Bersatu di Semenanjung, kerana faktor ketidak seimbangan dalam pengagihan kuasa, telah menjadi pemangkin kepada perbalahan.

No comments:

Blog Archive