Tuesday, January 12, 2021

PEMARUT KELAPA JUGA YANG MENANG

NYAWA manusia tiada tara nilainya. Sebab itu, pendapat pemarut kelapa yang mana pendapat itu dikongsi sebahagian besar rakyat yang tidak bersetuju PRU-15 diadakan dalam suasana pandemik covid-19 yang mencekam rakyat, akhirnya melahirkan proklamasi darurat.

Pemarut kelapa, memikirkan soal nyawanya, keluarganya, anak-anaknya, jiran-jirannya, sahabat andai, kawan-kawan se kampong. Kerana pandangan itu, hampir sama dengan pendapat sebahagian besar rakyat, kecuali pihak-pihak tertentu, yang jumlahnya sedikit sekali dalam kumpulan PhD, itupun tiada bukti nyata mewakli kumpulan tersebut, yang mengaku, hanya mereka sahaja faham, mengapa PRU-15 diadakan dalam suasana covid-19 belum reda, kerana lebih 30 negara telah mengadakan pilihanraya, malah mereka menyenaraikan negara seperti Singapura, New Zealand dan Amerika berjaya mengadakan pilihanraya. 

Tahniah kepada Seri Paduka Baginda Agong (SPBA) kerana memahami perasaan rakyat, sehingga memperkenaankan Proklamasi Darurat, walaupun pada Oktober lalu, sembah perkenaan daripada Kerajaan telah diusulkan. 

Bagi penulis, proklamasi darurat yang berkuatkuasa bermula daripada 11 Januari sehingga 1 Ogos, 2021, atau lebih singkat daripada itu, atau sebaliknya mengikut keadaan pandemik covid-19, mempunyai tujuan serampang mata, pertama memberi peluang seluas-luasnya kepada jentera kerajaan melawan pandemik covid-19 tanpa gangguan, dan kedua mengekang suhu politik yang semakin memanas. 

Impak lain daripada proklamasi tersebut, kerajaan tidak merasa diancam atau dikepung, berkaitan urusan-urusan mahkamah, sehinggakan kerajaan boleh tumbang, kerana isu menarik sokongan. 

Semasa tempoh darurat, TIDAK timbul lagi isu-isu menarik sokongan, kerana untuk sementara, isu-isu politik dihentikan. Dengan terhentinya permainan politik, maka jentera kerajaan di semua peringkat, baik di peringkat Persekutuan atau negeri-negeri berfungsi seperti biasa. 

Semasa proklamasi darurat ini juga, samada sidang Parlimen atau Dewan Undangan Negeri tidak diadakan. Ertinya, semua wakil rakyat akan tertumpu di kawasan masing-masing membantu rakyat yang mereka wakili, tidak lagi disibukkan dengan bertegang leher antara satu sama lain, semasa bersidang. 

Semasa tempoh darurat ini, memberi peluang kepada semua pihak untuk diadili atau dinilai oleh rakyat, untuk memudahkan rakyat memberi mandat, apabila proklamasi darurat ditamatkan dan disusuli dengan PRU-15. 

Tempoh masa darurat, adalah pengwujudan medan sama rata untuk semua.. setidak-tidaknya itu lah pendapat mereka yang segolongan dengan “Pemarut Kelapa”.

1 comment:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

ZALIMnya & TAMAK KUASAnya rejim PERIKATAN NASIONAL (PN) ni!

Kemudian tiba2, muhyiddin menyindir pasal tak kan masuk campur dlm. Sistem Kehakiman dlm. kes2 Mahkamah - disyaki memperli Pemimpin2 UMNO lah tu!!

Sdgkan kalau Sistem Kehakiman & Perundangan dah diJAHANAMkan oleh rejim PENJAJAH Zionis PH-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR Homo/DAP Parasit - itu adalah TANGGUNGJAWAB Rejim PN ni utk. memperbaikinya - BUKAN bagi KUASA MUTLAK HARAM pd. Sistem Kehakiman & Perundangan, yg. MELANGGAR UNDG2 PERLEMBAGAAN (terutamanya ISLAM sbg. AGAMA NEGARA yg. menuntut KEADILAN & KEBENARAN TULEN dlm. semua aspek PENTADBIRAN) - maka, bukannya utk. Sistem KEHAKIMAN & PERUNDANGAN digunakan utk. MENZALIMI & MENGANIAYA Rakyat terutamanya PEMIMPIN2 AGUNG bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kami dr. UMNO - ada paham, Melayu2 LIBERAL paling TAK GUNA & TAMAK KUASA dr. parti PENIPU bukan lagi Pribumi, BERSATU!!

Blog Archive