Wednesday, January 13, 2021

LEPAS PANDEMIK COVID-19 REDA- TANDING LAH

MANA-MANA fihak kena faham, tanggungjawab Ketua Kerajaan adalah untuk menyelamatkan nyawa rakyatnya.

Apabila yang menjalankan tugas ketua kerajaan, bukan sahaja diganggu, malah dikepung, sehingga tidak dapat menjalankan tugas seperti mana yang diamanahkan, seperti mana dikehendaki rakyat, maka untuk menjamin jentera kerajaan berfungsi dengan maksimum dan optimum, maka perlu dijauhkan daripada gangguan, pilihan itu adalah menerusi Proklamasi Darurat. 

Menerusi darurat, akan wujud ordinan-ordinan bagi melicinkan semua urusan dan memastikan matlamat darurat itu bukan sahaja terealisasi akan tetapi mencapai matlamatnya. 

Proklamasi Darurat yang diumumkan berkuatkuasa mulai 11 januari hingga 1 Ogos, adalah tindakan ketua kerajaan untuk melawan pandemik covid-19 termasuk membasminya. 

Pelaksana perintah darurat adalah Tan Sri Muhiyiddin Yassin bersama-sama dengan pasukan beliau yang meliputi semua jabatan atau agensi kerajaan seperti angkatan bersenjata, kementerian kesihatan dan kementerian-kementerian yang terkait. 

Proklamasi Darurat yang berkuatkuasa ini, bukan lah rampasan kuasa, bukan kuasa ketenteraan, akan tetapi kuasa eksekutif untuk memastikan kelancaran melawan pandemik covid-19 tanpa gangguan. 

Contoh gangguan kepada kelancaran melawan covid-19, seperti menumbangkan kerajaan, menarik sokongan, seolah-olah, apabila kerajaan tumbang dan memaksa Perdana Menteri meletakkan jawatan, kemudiannya digantikan dengan Perdana Menteri lain, maka pandemik covid-19 akan selesai atau dapat diatasi, sedangkan Perdana Menteri baharu tersebut, menggunapakai jentera yang sama, walaupun mungkin mengganti individu yang mengetuai pasukan melawan covid-19. Yakin lah, sesiapapun Perdana Menteri, tiada kuasa keajaiban Kun Faya Kun. 

Majoriti rakyat melihat, bahawa kerajaan pada masa ini bersungguh-sungguh bertindak menyelamatkan nyawa rakyat, namun tindakan segelintir pemimpin yang dimulakan oleh Datuk Shafie Apdal membubarkan DUN Sabah bagi memberi laluan kepada PRN-16 Sabah pada 26 September, 2020 menjadi penyebab kepada gelombang ke-3 penularan covid-19 di negara kita. 

Sebagai perbandingan, kematian kerana covid-19 untuk 9 bulan pertama daripada Mac hingga Disember, 2020, kurang daripada 100 kematian, akan tetapi 9 hari pertama tahun 2021 jumlah kematian telah mencecah 71 mangsa. Selain itu, kes harian, secara konsisten berada pada 4 angka, yang menyebabkan kemudahan kesihatan, tertekan, bukan sahaja fasiliti, akan tetapi petugas barisan hadapan. 

Terasa sangat, bagai mana usaha kerajaan diganggu, meskipun proklamasi darurat berkuatkuasa, pihak PH, cuba mengelirukan rakyat, bahawa pakatan tersebut, masih boleh mengadap SPBA untuk mempersembahkan, bahawa pihak mereka mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu. 

Juga tindakan mengumumkan menarik sokongan, secara persendrian, selepas proklamasi darurat, sedangkan, tidak timbul lagi isu, berkaitan jumlah sokongan, selepas proklamasi darurat. 

Sepatutnya, pihak yang ingin sangat menjadi kerajaan menerusi mandat rakyat, tunggu lah sehingga pandemik covid-19 reda, sekurang-kurangnya 80% rakyat telah menerima vaksian pelalian, dan apabila parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU-15. Apabila sampai ke masa itu bertandinglah sebanyak mungkin kerusi, berkempen lah sepuas hati. Pergunakan lah segenap cara untuk menarik sokongan pengundi, supaya diberi mandat, dan menduduki Putrajaya. 

Dalam keadaan rakyat sedang resah, gundah, kerana berhadapan dengan pandemik covid-19, berhadapan dengan isu apa kah makanan cukup tersedia di atas meja, jangan guna pendekatan yang menjurus kepada perebutan kuasa, kerana cara demikian, boleh mengamit persepsi, bahawa kamu hanya pentingkan status dan kedudukan dengan berselindung mengatas namakan rakyat.

3 comments:

Insan said...

Berapa ramai yg ada PhD, membaca dan menghadam coretan ini tanpa mengaitkan dgn politik.

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Oi, rejim US yg. Rakyat dia dah hampir SEJUTA dah meninggal akibat Covid-19 ni pun boleh buat PRU!! Jadi JANGAN nak TEMBERANGlah!!

Bukan main nak BODEK lagi kpd. si DIKTATOR muhyiddin/rejim PERIKATAN NASIONAL paling TAK GUNA - setelah si peguam PARIAH SAMPAH PENIPU, gopal sri ram ni - akan terus diBIAQkan BEBAS oleh si muhyiddin-Bersatu LIBERAL & rejim PN yg. ZALIM, TAMAK, RAKUS, BUAS, RASIS, FASIS & PENIPU - utk. berKELIARAN mcm. HAIWAN2 BUAS dgn. geng2 peguam2 PARIAH gopal PARASIT/tommy thomas PENIPU ni - utk. terus MENIPU & MENGANIAYA dgn. amat ZALIM, RASIS & FASIS, akan mantan PM AGUNG Orang Asal ISLAM/MELAYU kita, keturunan Al-Marhum DYMM Sultan Hasanuddin dr. EMPAYAR ISLAM/MELAYU Bugis GOWA Sulawesi-PENDEKAR GAGAH menentang PENJAJAH Belanda/ZIONIS Freemason, iaitu ORANG BESAR BEREMPAT Pahang, YAM DS Najib, keluarga beliau & Pemimpin2 UMNO lain - melalui PERANGKAP & SABOTAJ amat KEJI oleh puak2 PENJAJAH ZIONIS PH & TUAN2 Pengganas Zionis SOROS/Empayar PENGGANAS Zionis ROTHSCHILD depa (yg. MENUBUHkan rejim PENGGANAS Zionis ISrael), dlm kes2 IMDB/SRC PENIPU!!

Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2021/01/12/grounds-for-emergency-proclamation-valid-says-ex-judge/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

NOTA: Ingat, PENJAJAH2 Zionis-si MUSUH2 Islam/Melayu ini ingin MENAKLUK - akan BANJARAN2 Gunung2 Berapi PURBA kita, yg. ASALnya BERSAMBUNG dr. BANJARAN HIMALAYA purba hampir 500 JUTA thn. - iaitu BANJARAN2 TITIWANGSA, CROCKERS (di GUNUNG KINABALU) & KAPUAS-TAMA ABU (di BARAM, Sarawak) - yg. amat KAYA dgn. bahan2 NADIR BUMI (RARE EARTH ELEMENTS/MINERALS) spt. THORIUM, URANIUM & ZIRCON yg. mungkin $BERIBU TRILLION - utk. pembuatan Senjata2 NUKLEAR, Jet2 Perang NUKLEAR, Kapal2 laut NUKLEAR & Stesyen2-Kapal2 Angkasa NUKLEAR Barat-ZIONIS hingga akhir zaman!!

Blog Archive