PROKLAMASI Darurat, semata-mata untuk melawan Covid-19, kerana ianya berkaitan hidup atau mati bagi kita semua, sedangkan isu PRU-15, selain hanya berkaitan menang atau kalah, ianya tiada pengakhiran, kerana PRU akan terus berlaku, selagi belum kiamat atau negara masih mengamalkan demokrasi.
Jangan terpengaruh dengan pemimpin yang ingin sangat dengan PRU, kerana ianya hanya bermotifkan kepentingan pribadi, jauh sekali untuk membela rakyat.
Sepatutnya wakil rakyat pada masa ini bersama-sama dengan rakyat di kawasan masing-masing, bukan sahaja memberi motivasi, akan tetapi memperlancar penerangan/penjelasan untuk bersama-sama memutuskan rantai penularan virus pembunuh.
Kalau tidakpun dapat turun padang, kerana PKP, maka pergunakan semua saluran untuk berkomunikasi dengan pengundi masing-masing, agar memberi kerjasama maksimum dengan agensi kerajaan memutuskan rantai penularan, agar keadaan kembali normal, dan semua rakyat bebas mengatur halatuju masing-masing tanpa gangguan, tanpa was-was, dan seterusnya rakyat gembira semula.
Ambil lah iktibar pada PRN-16 Sabah yang kerana keputusan TYT Sabah, kerana permintaan Datuk Shafie Apdal. Walaupun PRN tersebut cuba dihalang, tetapi mahkamah juga turut bersetuju, kerana hujah peguam negeri bahawa keputusan TYT Sabah tidak boleh diadili di mahkamah, apa tah lagi membatalkan pembubaran DUN.
Di terima atau tidak, punca gelombang ketiga penularan covid-19 di negara kita, berpunca daripada PRN-16 Sabah.
Kerajaan PN, tidak mahu samasekali mencontohi tindakan Shafie yang sanggup mati, dan berdegil PRN Sabah perlu dilaksanakan.
Betul, mereka yang menjadi punca masih sihat walafiat, dan didoakan terus sihat dan terhindar daripada jangkitan virus covid-19, agar mereka dapat menyaksikan mangsa yang dijangkiti, dan senarai mereka yang terkorban.
Hanya mereka yang menjadi mangsa covid-19 termasuk lah ahli keluarga turut terkorban, yakin benar, ancaman virus covid-19 adalah benar, jauh sekali daripada lakonan.
No comments:
Post a Comment