Monday, January 18, 2021

KERAJAAN SABAH BERI BANTUAN TUNAI KEPADA MANGSA BANJIR DAN AIR PASANG

MANGSA banjir dan air pasang Sabah pada kali ini, boleh bernafas sedikit, kerana julung kalinya Kerajaan Negeri memberi bantuan tunai one-off RM500 dan bantuan bakul makanan RM200 setiap Ketua Isi Rumah (KIR).

Ramai di antara mereka ini juga adalah penerima BPN2.0 dan BPNegeri sebesar RM300. 

Kalau dibanding dengan kerosakan atau kesengsaran kerana bencana tersebut, bantuan tersebut tidak lah seberapa, namun ianya sebagai tanda prihatin dan simpati kerajaan. 

Kerajaan GRS yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor (gambar), mewarisi tindakkan era BN Sabah sebelum PRU-14, tidak banyak bercakap, tetapi mengutamakan tindakan. Ketua Menteri juga sempat melihat sendiri Sungai Tuaran pada Ahad, yang menjadi punca banjir di kawasan sekitar.

Rupanya, apabila ketua mengutamakan tindakan, maka anggota pasukan juga ikut bertindak. Tindakan jauh lebih besar berbanding suara. 

Penulis perhatikan seluruh jajaran kepimpinan GRS, baik menteri, pembantu menteri, ADUN, setiausaha-setiausaha politik, mahupun pemimpin akar umbi, mengutamakan tindakan, berbanding suara, malah seorang ADUN, apabila ditanya semasa membantu mangsa banjir, tidak takut hanyut atau lemas kah? Dengan selemba ADUN tersebut menjawab, takut apa? Kalau mati-Tanam!!!. 

Isu banjir dan air besar adalah fenomena alam. Untuk sementara, tiada cara mencegahnya. Kalau bercakap mengurangi kesannya, boleh menerusi pembinaan tebatan-tebatan banjir atau memperdalam muara sungai, pun tidak semua kawasan boleh diatasi dengan tindakan sedemikian, kerana ada kawasan-kawasan yang sangat berhampiran dengan laut, malah kawasan-kawasan tersebut, dahulunya memangpun laut yang telah ditimbus. 

Bencana banjir atau air besar, akan terus menghantui rakyat khususnya di kawasan-kawasan rendah, berhampiran sungai. Hanya bezanya sekarang, kekerapan banjir dan air pasang cukup tinggi berbanding 30-40 tahun dahulu. Sebabnya, itu lah harga kepada kemajuan dan pembangunan yang mengusik alam semulajadi. 

Penulis berpendapat, rakyat yang menjadi mangsa, tidak boleh merungut berkaitan fenomena alam ini. Di pihak kepimpinan kerajaan, sudah bertindak sesuai dengan kemampuan. Selain itu, para pemimpin turun padang untuk merasai, keperitan yang dirasakan para mangsa. 

Sebagai rakyat yang beragama, kita sama-sama berdoa, agar musibah dan bencana dikurangkan, kalaupun tidak dapat dihindari.

No comments:

Blog Archive