Tuesday, December 01, 2020

KEPIMPINAN ANWAR DIPERTIKAI

KEDUDUKAN Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang mula dipertikai, ekoran tindakan beliau membuat arahan di saat akhir kepada blok pembangkang untuk tidak MENOLAK Bajet 2021 di peringkat dasar.

Atas sebab tindakan tersebut, ramai MP pembangkang termasuk anak beliau- Nurul Izzah mempersoalkan keputusan tersebut.

Walau bagai mana pun, Anwar menegaskan akan menolak Bajet di peringkat Jawatan Kuasa, iaitu membabitkan kementerian-kementerian. 

Akan tetapi misi Anwar menolak di peringkat jawatan kuasa, tidak akan menjadi kenyataan, apabila Warisan BERKECUALI, kemungkinan sehingga bacaan ketiga Bajet 2021.

Ketua Whip Warisan dalam satu kenyataan, menzahirkan kebosanan berkaitan TINDAK TANDUK Ketua Pembangkang tersebut yang TIDAK konsisten.

Ketua Whip Warisan-Datuk Rozman Isli yang juga MP WP Labuan, malah mencadangkan agar kepimpinan pembangkang perlu ditukar, untuk berhadapan dengan PRU-15.

Jika pembangkang mengekalkan kepimpinan yang ada, blok pembangkang sukar bersaing dengan blok kerajaan.

Pandangan Rozman itu berasas, jika dilihat pada PRN-16 Sabah.

Pada PRN-16 Sabah julung kalinya, berlaku di Sabah, kerajaan tumbang bukan sahaja tidak cukup sepenggal, malah kerajaan pertama tidak dapat mempertahankan kerajaan dalam pilihan raya dalam penggal pertama.

Jika pakatan pembangkang mengekalkan barisan kepimpinan yang ada sehingga PRU-15, blok kerajaan dilihat mempunyai kelebihan yang ketara.

Rakyat secara umum, menilai kerajaan yang ada lebih proaktif kepada keperluan rakyat, berbanding pembangkang, yang hanya tertumpu kepada politiking.

Rakyat negara ini, sudah merasakan bagai mana kerajaan yang ditadbir pakatan harapan, yang dianggotai DAP, PKR, Warisan, dan kumpulan Tun Dr Mahathir. Rakyat negara ini, diyakni TIDAK akan sudi lagi mengembalikan pemerintahan sedemikian. Rakyat Sabah sudah membuktikan, apabila menolak kerajaan Warisan yang dipimpin Datuk Shafie Apdal.

No comments:

Blog Archive