Tuesday, December 01, 2020

BAJET PERTAMA KERAJAAN GRS DIBENTANG PADA 18 DISEMBER, 2020

Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang juga Ketua Menteri, merangkap Menteri Kewangan Negeri Sabah akan membentangkan Bajet pertama kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 18 Disember, 2020. Bajet itu juga merupakan Bajet untuk tahun 2021.

Diperkirakan Bajet tersebut mempunyai dua tumpuan utama, iaitu pemulihan ekonomi pasca Pandemik Covid-19 dan penanganaan pandemik itu sendiri.

Sabah berhadapan dua faktor berganda, pertama kadar pertumbuhan KDNK yang merudum sejak tahun 2018 dan diperburuk dengan pandemik covid-19.

Perekonomian Sabah begitu lembab sekali, memandangkan kadar pertumbuhan yang tidak sampai 1% tahun lalu, dan pada tahun ini dianggarkan negatif.

Penyumbang kepada merudumnya perekonomian Sabah selepas pertukaran kerajaan kepada kerajaan Warisan pimpinan Datuk Shafie Apdal selama 27 bulan, yang tiada HALA TUJU yang jelas.

Kerajaan GRS pimpinan Datuk Seri Hajiji berhadapan dengan cabaran yang amat besar, kerana tidak mudah memulihkan perekonomian yang mempunyai trend menurun.

Akan terlihat menerusi Bajet 2021, berkaitan kaedah-kaedah yang diambil, dalam keadaan ABNORMAL ini. Penulis yakin, kerajaan akan melakukan tindakan-tindakan yang juga ABNORMAL.

Halatuju dalam bajet 2021 itu nanti, akan mencerminkan TINDAKAN kerajaan dalam tempoh 100 hari. Sama-sama kita nantikan.

No comments:

Blog Archive