Wednesday, November 11, 2020

APA FOKUS KERAJAAN SABAH?

VISI kerajaan Negeri akan terlihat menerusi BAJET 2021 yang bakal dibentangkan pada Disember, 2020.

Keberhasilan sesebuah kerajaan dilihat daripada segi besar kecilnya bajet, selain perancangan yang bakal diambil.

Bajet akan menentukan sejauh mana keupayaan kerajaan, khususnya daripada pembangunan fizikal, penyediaan peluang-peluang pekerjaan.

Kerajaan dalam keadaan ABNORMAL ini perlu bertindak diluar kebiasaan. Bajet tidak perlu mengikuti bajet-bajet sebelum ini, sebaliknya bajet perlu memberi menyuntik dana kepada syarikat-syarikat milik kerajaan, bertujuan memperancak aktiviti ekonomi juga dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan.

Kerajaan perlu memperbanyak rakyat yang mempunyai wang di tangan sebagai pemacu kepada permintaan. Hukum ekonomi, dengan adanya permintaan maka ada penawaran.

Dalam era pandemik covid-19 ini, kerajaan ada lah pengerak utama aktiviti ekonomi.

No comments:

Blog Archive