Saturday, June 27, 2020

IMPAK HUBUNGAN MESRA DENGAN PERSEKUTUAN ERA BN SABAH

Kerajaan Bn era Tan Sri Musa Aman membuktikan, bahawa hubungan dengan kerajaan pusat memberi manafaat kepada negeri dan rakyat Sabah.

Kerana hubungan tersebut, kadar kemiskinan negeri telah menjunam ke angka 2.9% tahun 2016 berbanding 19.7% tahun 2009.

Hubungan rapat kerajaan pusat dengan kerajaan Sabah telah banyak memberi manfaat kepada rakyat di Sabah melalui perancangan dan pelaksanaan dasar bagi mentransformasikan rakyat di negeri ini, khususnya di luar bandar. 

Pelbagai program transformasi yang dilaksanakan telah memperlihatkan lebih ramai isi rumah di Sabah keluar daripada belenggu kemiskinan. 

Usaha berterusan untuk mentransformasikan Sabah juga dimuatkan dalam pelan strategik pembangunan jangka panjang Sabah  (long Term Strategic Action Plan) yang dinamakan sebagai Sabah.LEAP 2016-2035. 

Antara perkara utama yang digariskan dalam Sabah.LEAP tersebut adalah sifar insiden kemiskinan menjelang tahun 2035, capaian terhadap kemudahan bekalan air bersih dan bekalan tenaga elektrik di luar bandar Sabah mencapai kadar 100%.

Matlamat Sabah.LEAP akan tercapai dengan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat, khas melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) kerana telah menyediakan peruntukan tahunan yang besar untuk membiayai pelaksanaan projek-projek pembekalan tenaga elektrik dan pembekalan air bersih ke kawasan-kawasan luar bandar di Sabah di bawah Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB), pelaksanaan projek-projek kecil di bawah program Jalan Perhubungan Desa (JLD) di semua pelosok perkampungan di negeri ini.

Di peringkat kerajaan negeri pula melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dilaksanakan projek pembasmian kemiskinan di bawah Program Mini Estet Sejahtera (Mesej) di kebanyakan daerah di Sabah. 

Program tersebut sangat signifikan ke arah peningkatan kualiti hidup dan kehidupan sejahtera masyarakat luar bandar secara menyeluruh dan berkesan. 

Pada tahun 2018 sebanyak 52 buah Mesej Pertanian, Mesej Akuakultur dan Mesej Mikro telah  dilaksanakan di seluruh negeri…dan menempatkan seramai lebih 2,500 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar di seluruh negeri.

NAMUN KINI, SEMUANYA SIRNA, Sabah bakal kembali ke era kemiskinan, bukti nyata, Yayasan Sabah pun yang mempunyai aset RM14bilion tahun 2017, dan wang tunai RM400juta, kini menghampiri nyawa-nyawa ikan.

1 comment:

Anonymous said...

Buat la syorkan kat Anwar Ibrahim pencen di kembalikan pada 55 tahun balik... 60 tahun ni syor zaman atok yg dah tak boleh pakai idea ni. Mesti ramai penjawat awam sokong anwar ibrahim.

Zaman Covit19 ramai terjejas pendapatan, buang kerja, ekonomi rudum pengangguran bertambah elok pencen penjawat awam ditukar pada 55 tahun semula

Ramai boleh pencen dan ramai anak muda dapat kerja... waktu semenanjung ubah balik 30 minit lewat dari Sabah Sarawak...

Blog Archive