Kes harian daripada 18 Mac sehingga 16 April konsisten 3 digit, bermula 17 April dua digit sehingga 1Mei.
Pada 2 dan 3 Mei naik 3 digit lagi, kerana kes import. Pada 3 Mei, daripada 122 kes baru, 70 adalah kes tempatan, manakala baginya kes import. Mungkin, kerana selama 2 minggu, kes baru kekal 2 digit, maka bermula hari ini (4 Mei) diperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi sektor ekonomi yang dibenarkan, walaupun PKP kekal sehingga 12 Mei.
Melihat sepanjang PKP daripada fasa 1 hingga ke 4, kes harian tidak mencanak naik, kemudiannya diimbangi dengan jumlah yang sembuh, yang menunjukkan kelok antara kes baharu dan sembuh berjalan seiringan, maka tidak memberi tekanan kepada jumlah wad mahupun kepada fasiliti ICU, maka menunjukkan perkhidmatan kesihatan negara mampu mengendalikan pesakit COVID-19.
Adalah hakikat bagi rakyat negara ini perlu berhadapan dengan covid-19 sama dengan dengi.
Diperkirakan pandemik akan berlarutan antara setahun ke dua tahun daripada sekarang, sehinggalah vaksin penawar ditemukan.
Kita tidak perlu lah panik, jika berlaku jangkitan sana sini, kerana keadaan itu lah yang perlu kita hadapi.
Apa yang paling penting, jangkitan virus tersebut adalah terkawal, ertinya tiada peningkatan mencanak, supaya perkhidmatan kesihatan negara dapat menanganinya dengan perkhidmatan terbaik.
Kita perlu sedar pelaksanaan PKP adalah mengawal jangkitan, Dalam PKP kita diajar bagaimana menghindar untuk tidak dijangkti. Pelajaran yang dapat adalah untuk hidup dengan norma-norma baharu. Hanya mematuhi norma-norma baharu tersebut, membolehkan kita terhindar menjadi mangsa.
Jangan lah kita menganggap bahawa menerusi PKP maka boleh menamatkan transmisi jangkitan. Anggapan tersebut adalah silap. Sama-sama kita sedar, selagi vaksin belum ditemui, covid-19 akan terus menghnatui kita.
1 comment:
Post a Comment