PADA permulaan kemunculan COVID-19 di Wuhan, China, masih ramai yang tidak percaya bahawa virus itu melanglang buana di seluruh dunia.
Apabila WHO mengistiharkan virus tersebut adalah pandemik, masih juga ada negara tidak percaya, termasuklah negara kita.
Apabila jangkitan virus tersebut bertambah serius, maka baru lah banyak negara yakin, bahawa memang benar virus tersebut adalah pandemik.
Kerana sifat virus tersebut mudah berjangkit, maka setiap manusia mempunyai peluang terjangkit.
Sisi buruk virus tersebut, 80-85 peratus yang dijangkiti tidak bergejala. Kerana sifat tersebut, maka semakin mudah berjangkit dari individu ke individu, sehingga berberapa generasi. Pengalaman Malaysia jangkitan sehingga generasi ke-5.
Setakat ini belum ada vaksin penawar bagi virus tersebut. Diperkirakan, mungkin tahun depan atau pertengahan tahun depan vaksin akan ditemukan.
Kita jangan salah anggap, jika jumlah yang dijangkiti di negara kita semakin menurun, bukan bermakna virus tersebut telah pupus. Atas sebab itu KKM menasihatkan kita sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan dengan air menggunakan sabun, kerana melalui cara itu pencegahan dapat dilakukan, kerana ianya lebih baik daripada perawatan.
Jika dibaca berbagai artikel yang ditulis oleh pakar-pakar virus, kemungkinan pucak jangkitan itu akan berlaku pada September tahun ini. Kemudian itu, jangkitan secara perlahan menurun, kerana kononnya herd immunity telah berlaku di kalangan masyarakat. Pun demikian, jangkitan akan berterusan sehinggalah vaksin penawar berada di pasaran.
Pendek kata, selagi vaksin penawar belum dijumpai, kehidupan kita perlu berubah, kepada kebiasaan baru atau new normal.
Rumusannya, COVID-19, bukan sahaja menghantui manusia kerana takut kehilangan nyawa, tetapi perekonomian juga bakal terjejas teruk, kerana berlakunya kelok permintan dan kelok penawaran semua sektor baik pembuatan atau perkhidmatan ke kiri pada graf penawaran dan permintaan secara serentak. Belum dapat digambarkan sejauh mana impaknya, kita terpaksa mengikuti mengikut garis masa.
Apa yang paling mustahak sekarang, selain kesiap siagaan perkhidmatan kesihatan kita, juga bagai mana mengatur strategi mengerakan enjin perekonomian negara, khususnya sektor yang mengeluarkan bahan makanan dan keperluan harian rakyat. Selain itu, memastikan rakyat tidak putus wang.
1 comment:
Kpd mb kedah...
Ebiet Liew buat kerja baik tak ada masa nak cakap pasal sapa YB, Exco, Sapa MB dia tak cakap detail pun, yg pegawai kau MB Kedah mencipan kepanasan pasai ape...!?
Jenguk2lah raykat kamu tu. Jangan ko jer kaya raya sama dgn adik beradik kamu dgn rumah agam rega jutaan ringgit, kereta sport, jet peribadi dan kapal mewah. Arahkan anak2 buah kamu mencari fakir2 miskin dan jangan lekas meroyan bila ada insan tanpa sengaja membantu dan mendedah kesusahan mrk. Tak lama lagi ramdhan menjelang tiba. Hantarlah wakil dan jenguk2lah mrk. Bantulah mereka dgn ikhlas dan tak perlu menunding jari.
Ini lah yang walaun unta Bersatu mau jadikan bakal PM Malaysia...!?
Like father like son... useless legacy
Pada Ebiet
Semoga diberkati...
Post a Comment