Mungkin untuk menilai sejauh mana jangkitan COVID-19 pada sesebuah negara adalah melihat berapa peratus jumlah penduduk sesebuah negara telah terjangkit, kemudiannya melihat jumlah kematian dan seterusnya jumlah pesakit yang telah terjangkit dan mempunyai potensi kebolehjangkitan pada individu lain.
Kalau melihat graf di atas, Korea Selatan, Thailand, Malaysia, Jepun, Filipina dan Indonesia, adalah negara-negara yang dilihat peratusan kes dan kes aktif terhadap jumlah penduduk cukup rendah berbanding negara-negara lain.
Pada graf di atas juga nampaknya negara-negara seperti Singapura, Jerman, Switzerland, Italy, USA, Spain, UK dan France, mempunyai peratusan kes positif dan kes aktif yang cukup tinggi (garis biru dan kelabu). Juga pada negara-negara berkenaan, masih banyak kes positif di dalam komuniti ditunjukan oleh garis kuning.
Implikasi kepada peratusan kes yang tinggi kemundiannya sembuh, maka akan mengwujudkan herd immunity pada rakyat negara-negara berkenaan. Herd immunity sangat penting selagi vaksin penawar belum ditemukan.
Jika berpandukan kepada jumlah kes, tidak bermakna negara-negara yang rendah jumlah kes positif, maka bebas daripada jangkitan virus tersebut. Rendahnya jumlah jangkitan tersebut kerana tindakan awal atau proaktif daripada negara-negara berkenaan memutuskan rantai jangkitan.
Malaysia, adalah salah satu negara yang bertindak proaktif, melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac, 2020 dan kini memasuki fasa ke-3, yang berakhir pada 28 April, 2020.
Sebagai impak kepada PKP tersebut, jumlah kes positif cukup terkawal dan kini hanya berjumlah 5,482 kes atau 0,02% terhadap jumlah penduduk berbanding Amerika Syarikat 0,27%.
No comments:
Post a Comment