Pada Tabel di atas jika dilihat perubahan kumulatif mingguan individu yang didapati positif untuk minggu pertama berjumlah 951 atau pertambahan 141.31% berbanding data pada 17 Mac sebelum pelaksanaan PKP. Minggu ke-2 PKP, pertambahan kumulatif mingguan adalah 1142, atau 120.08% dan Minggu ke-3 kumulatif mingguan naik kepada 1197 atau bertambah 104.82%. Data di atas menunjukkan, rantai transmisi belum diputuskan, walaupun PKP berjaya mencegah transmisi yang ketara atau mencanak. PKP hanya berjaya meratakan lengkungan transmisi wabak untuk tidak membebankan hospital dan fasiliti ICU. Di pihak lain, kita perlu menghargai perkhidamtan kesihatan kita, kerana dapat mencegah kadar kematian, dan meningkatkan kadar kesembuhan.
Tabel di bawah menunjukkan bahawa kadar kematian di Malaysia 1.59% berbanding dunia 5.73%, manakala peratus kesembuhan adalah 33.33% berbanding dunia 21.10%. Selain itu peratusan yang dirawat lebih rendah peratusannya berbanding dunia, iaitu 65.08% Malaysia, Dunia 73.16%.
Hakikatnya Malaysia dilandasan yang betul melawan COVID-19 berbanding negara-negara lain, walaupun masih belum berjaya memutuskan rantai jangkitan. Jika melihat data di atas, Malaysia memerlukan tempoh masa yang mencukupi, untuk memutuskan rantai transmisi. Oleh kerana kaedah PKP terlihat keberkesanannya, maka ada kemungkinan KKM akan merekomendasi pelanjutan PKP, mungkin khusus untuk Zon Merah dan Jingga SOPnya berbeza dengan SOP zon Kuning dan Hijau.
No comments:
Post a Comment