Sunday, March 01, 2020

PENGERUSI WARISAN- MEROYAN

Pengerusi Warisan Sabah yang juga MP Batu Sapi, meroyan di laman facebook beliau, macam nenek-nenek kurang belanja.

Menulis berbagai dakwaan yang tiada fakta, hanya kerana kehilangan kuasa.

Penulis hanya tertarik, mengenai dakwaan beliau, kononnya Perlantikan PM-8 telah merampas hak demokrasi rakyat, sedangkan sebelum ini semasa parti beliau merampas Kerajaan Sabah pada 12 Mei, 2018, beliau bertepuk gembira, dengan mendakwa kaedah itu adalah demokratik.

Hanya 22 bulan, MP Batu Sapi itu bersorak gembira, satu masa yang sangat singkat, akan tetapi apabila kehilangan kuasa, maka terlupa lah tindakan yang lalu, dan mula lah membuat berbagai dakwaan yang tidak berasas, tujuannya, hanya untuk menarik simpati rakyat.

VKLiew seorang peguam yang berpengalaman, sepatutnya apabila parti beliau mendakwa mempunyai sokongan ADUN Sabah masa itu, perlu menasihatkan TYT yang bercadang melantik Presiden parti beliau sebagai Ketua Menteri, untuk tidak melakukannya, sebaliknya meminta Sidang Khas DUN Sabah, untuk membuat USUL TIDAK PERCAYA yang dibentuk pada 10 Mei, 2018 selepas PRU-14. Namun, ianya tidak dilakukan, kerana seronok menjadi kerajaan.

Kini, hukum rimba berlaku, menafikan hak orang lain dengan tidak betul, akhirnya terkena batang hidung sendiri.

Pihak yang teranaya, tidak turun ke jalan, tidak menabur fitnah, akan tetapi hanya bersabar dan terus menyuarakan apa yang betul, akhirnya Kerajaan yang dibentuk kerana fitnah, dijatuhkan sendiri, dan kerajaan dikembalikan kepada yang berhak.

VKLiew dengan tajuk update facebook beliau yang ditulis 13jam lalu bersamaan 1 Mac, 2020 semasa artikel ini ditulis adalah "Demokrasi Di Tipu, Curi dan Rompak-Kontek Malaysia.. secara langsung menuduh YDP Agong tidak melaksanakan pemilihan PM-8 secara telus dan bijaksana, sedangkan proses yang dilakukan YDP Agong cukup semporna tanpa cacat celah.

Pada 24 Februari, 2020 sekitar 1.30 petang, surat Perletakan Jawatan PM-7 telah dihantar kepada YDP Agong, dan sekitar pukul 5-7 petang, mantan PM-7 telah diterima menghadap oleh YDP Agong. Perletakan jawatan PM-7 diterima, akan tetapi dilantik semula sebagai Perdana Menteri interim sehingga perlantikan PM-8 dan kabinet dibentuk.

Pada 25 &26 Februari- YDP Agong telah menemuduga semua ahli parlimen, dengan dua pilihan-menamakan PM-8 atau bubar parlimen.

Pada 27hb selepas menghadap YDP Agong, PM interim mengumumkan Sidang Khas Parlimen pada 2 Mac untuk menentukan PM-8, kerana menurut beliau, YDP Agong mendapati tiada majoriti ketara, untuk melantik PM-8 atau bubar parlimen. Pengumuman PM Interim itu dipertikai oleh Pakatan Harapan yang diketuai Dato Seri Anwar Ibrahim, dan mendakwa ianya mendahului titah Baginda dan Majlis Raja-Raja.

Pada 28hb, Speaker Dewan Rakyat menolak, Sidang Khas Parlimen, sebaliknya menunggu titah YDP Agong. Pada hari yang sama juga, YDP Agong selepas berbincang dengan Majlis Raja-Raja memberi peluang kepada ketua-ketua parti yang mempunyai anggota parlimen untuk menghantar calon PM-8 pada 29hb. 

Pada 29hb, yang mana sebelumnya hanya dua calon PM-8, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Pakatan Harapan dan Tan Sri Muhiyiddin Yassin daripada Perikatan Nasional semacam sudah muktamad, berlaku gerakan pagi sabtu, apabila PH menukar calon daripada DSAI kepada Tun Dr Mahathir, sedangkan pada masa itu, kubu TSMY sudah memasuki Istana, malah ada yang diperjalanan.

Meskipun kejutan di pagi sabtu, sudah tentu tiada siapa yang meramal, tidak menghalang TSMY mendapat sokongan majoriti mudah untuk dilantik sebagai PM-8. Dalam perkara ini, di mana hak demokrasi dirampas? sedangkan YDP Agong membuka ruang seluas-luasnya kepada demokrasi.

Rupanya, jika seseorang kehilangan kuasa, hilang pertimbangan, dan mula meroyan. Seharusnya VKLiew mencontohi, pemimpin yang kehilangan kuasa pada 12 Mei, 2018, menggunakan cara betul iaitu mahkamah, dan tidak menuduh yang bukan-bukan.

2 comments:

Unknown said...

Your Affiliate Profit Machine is waiting -

And earning money online using it is as easy as 1---2---3!

Here's how it all works...

STEP 1. Choose which affiliate products you intend to promote
STEP 2. Add PUSH BUTTON traffic (it LITERALLY takes JUST 2 minutes)
STEP 3. Watch the system explode your list and sell your affiliate products all by itself!

So, do you want to start making money?

Click here to launch the system

Unknown said...

As stated by Stanford Medical, It is indeed the SINGLE reason this country's women get to live 10 years longer and weigh on average 19 kilos lighter than us.

(And by the way, it is not about genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING around "HOW" they eat.)

BTW, What I said is "HOW", not "WHAT"...

Tap on this link to uncover if this little test can help you decipher your real weight loss potential

Blog Archive