Sunday, March 29, 2020

COVID-19 LUARBIASA: PENDEKATAN JUGA MESTI LUARBIASA

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan beliau mengakui, bukan lah pilihan rakyat, tetapi kerajaan yang beliau pimpin adalah kerajaan yang mengambil tahu kebajikan rakyat, khsususnya berhadapan musuh yang tidak nampak, makluk halus COVID-19.

Berdepan dengan keadaan luarbiasa-serangan wabak COVID-19 yang merupakan wabak pandemik, memerlukan tindakan yang luarbiasa juga.

Walaupun keadaan luarbiasa, ada juga pemimpin pembangkang, yang hanya bertindak sebagai pembangkang, langsung tidak mengambil tahu, keadaan sebenar, sebaliknya masih mempolitikkan tindakan yang diambil kerajaan,

Pakej Prihatin yang diumumkan berjumlah RM250bilion, dikritik oleh pihak lawan, kononnya hanya membabitkan RM25bilion suntikan fiskal kepada perekonomian negara, manakala bakinya hanya pendekatan kewangan (monetary policy).

Pihak pembangkang, pura-pura tidak tahu, bahawa kesan pendekatan monetary dan fiskal dalam situasi sekarang diperlukan agar ekonomi tidak lumpuh. 

Desakan pembangkang, supaya pakej prihatin dibicang dulu di parlimen sebelum dikuatkuasakan, menunjukkan, mereka mahukan ekonomi negara lumpuh dahulu, mahukan rakyat yang terjejas masuk kubur dahulu, baru mendapat bantuan.

Dalam masa perintah kawalan pergerakan (PKP) dan setengah tempat Perintah Kawalan Pergerakan yang Diperketatkan, semua rakyat, tidak mengira kedudukan terjejas. 

Rakyat Malaysia yang berjumlah 33juta daripada Kangar hingga ke Kudat terjejas. Bagi mereka yang bernasib baik, masih boleh membeli makanan dan keperluan harian, manakala mereka yang kurang bernasib baik, khususnya golongan B40 dan miskin, bukan sahaja terjejas, malah ada di kalangan mereka, dapur tidak berasap lagi.

Di Sabah, meskipun Kerajaan Sabah mengumumkan berjuta-juta kononnya pakej bantuan covid-19, akan tetapi pelaksanaannya, bersifat pilih kasih, kerana mereka yang diberi bantuan, mesti tersenarai pada UPPM kawalan kerajaan negeri, ertinya, mereka itu adalah penyokong atau pengundi Kerajaan Warisan-UPKO-PKR-DAP, jika diluar itu, maka NANTI DULU, akan dapat bantuan, kalau masih ada baki.

Dalam keadaan darurat ini juga Kerajaan Negeri masih lagi membantu kroni mendapat projek bantuan makanan, apabila peruntukan RM100 setiap keluarga yang terjejas, diberikan kepada pihak-pihak tertentu untuk membeli keperluan dapur, sehinggakan kuantiti yang diberikan tidak sepadan dengan kos RM100 melainkan separuh daripadanya.

Di facebook, dimuat gambar-gambar pihak tertentu menghantar makanan, mulanya dianggap sebagai bantuan sukarela, rupanya bantuan itu merupakan bantuan "projek makanan". Apa kah cara kerajaan negeri itu, merupakan tindakan luarbiasa? kerana situasi juga luarbiasa!!!!.

Walaupun kerajaan Sabah bertindak demikian, kerajaan Persekutuan menerusi pakej prihatin, menyebabkan rakyat merasa lega, walaupun masih menunggu pelaksanaannya mulai bulan depan, termasuk juga MAKCIK KIAH yang berkurung di perumahan PPR Bandar Tun Razak.

3 comments:

hilmi said...

Ingat negara ni x de parlimen ke? Budget suka hati PM lulus sdri?

hilmi said...

Sila semak Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan.

MG1 said...

Tak tahu lah soal UNADANG UNDANG RAKYAT KEBANYAKAN BUTA UU, JADI YG PINTAR2 CENDIKIAWAN YG ULUNG SMART DLM UU NEGARA URUSKAN KAN LAH DGN BAIK DGN PIHAK MEDIA DAN KERAJAAN KITA RAKYAT HANYA MEMBACA DAN NEWS DARI ORANG CENDIKIAWAN MALAYSIA.

Blog Archive