Friday, January 24, 2020

PRK KIMANIS-KEKALAHAN CALON WARISAN-PAKEJ LENGKAP PENOLAKAN RAKYAT

KEPUTUSAN PRK Kimanis adalah PAKEJ LENGKAP menolak Parti Warisan yang ditunjukkan oleh pengundi Kimanis khasnya, kerana kawasan itu adalah kawasan majoriti bumiputera.

Keputusan PRK tersebut juga menunjukkan, bahawa pengaruh Datuk Shafie Apdal hanya berlegar-legar di kawasan Pantai Timur atau kawasan-kawasan yang ramai pengundi Badjao-Suluk.

PRK Kimanis juga menggambarkan secara umum kecenderungan pengundi Sabah, yang tidak memberi mandat kepada Parti Warisan memerintah Sabah.

Menerusi penolakan rakyat terhadap Warisan, akan tetapi calon parti itu masih mendapat undi yang signifikan, kerana penyokong-penyokong parti PH khususnya Parti Bersatu (PPBM) serta pengaruh peribadi ADUN Membakut. Kalau bukan kerana faktor tersebut, besar kemungkinan undi yang diperolehi Datuk Karim Bujang lebih kecil daripada 10,667 undi.

Secara umumnya, menerusi PRK Kimanis, Parlimen dan dua DUN kekal sebagai wilayah BN seperti mana status kawasan tersebut sebelum PRU-14. Namun, apa yang menarik pada PRK ini, pengaruh ADUN Membakut Datuk Arifin Arif masih sangat siginifikan, kerana, walaupun DUN itu di atas kertas dimenangi BN menerusi PRK ini, akan tetapi dengan jumlah majoriti yang menurun sekali, daripada 2,405 majoriti pada PRU-14 kepada hanya 880. Manakala di Dun Bongwan pula, calon Warisan hanyut, kerana daripada kemenangan dengan majoriti 795 tetapi pada PRK kali ini, DUN Bongawan ditawan BN dengan majoriti 1161.

Melihat kepada keputusan PRK Kimanis, secara umumnya, pengaruh parti Warisan dan sekutunya UPKO menjunam dengan drastik sekali. Keputusan ini juga mempunyai kebarangkalian mewakili secara umum aspirasi rakyat Sabah, khususnya di kawasan Pantai Barat dan Utara Sabah.

No comments:

Blog Archive